Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Saturday, January 1, 2011

Kenapa Wanita Lewat Berkahwin?

Dunia kini semakin moden dan pelbagai gaya yang kita dapat lihat. pelbagai trend perkahwinan juga dapat kita perhatikan. Antaranya adalah seperti :

  1. Trend kahwin dengan lelaki tua. (Nak rembat harta suami kalau suami mati awal. Haha)
  2. Trend kahwin dengan lelaki muda ( xkesah kalu dah sama2 suka2, tapi lelaki tu patut lebih matang. bru nmpak sweet )
  3. Trend kahwin muda/awal ( nak elak maksiat kot @ gatai sangat dah nk kahwin. Tak tahan! )
  4. Trend kahwin lewat ( nak kejar duit & harta dulu. Takut dapat laki yg malas keje )
Banyak lagi trend2 yang telah tercipta & dicipta oleh masyarakat zaman kini. Tapi apa yang akan di kupas dalam entry kali ini adalah berkaitan dengan trend kahwin lewat. Bukan kerana pengarang sudah tua atau berada dalam kategori ini. oh! Barangkali tidak kerana pengarang masih muda. cewah! Hanya sekadar berminat mengetengahkan entry seperti tajuk yang tertera di atas. Antara punca2 yang dapat kita lihat adalah seperti berikut :
  1. BELUM SAMPAI JODOH - “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sangat dengar ayat ni kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua.  Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:-   ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah   kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’. 
  2. TERLALU MEMILIHDulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pula dengan wanita zaman moden ni. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yang ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)
  3. TAKUT DAPAT SUAMI JAHATNi mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tu memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg ni pun kalu baca paper, tiap2 hari ada je kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ade….haishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam pecah rumah…haha
  4. PERNAH PUTUS CINTA - bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan ni la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka ni rela membujang sampai ke tua…opsss! aku xsanggup k..hee
  5. TAK MAHU DIKONGKONGKebanyakan wanita sekarang ni suka bebas dan tak suka dikongkong.  Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak keje sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dll. lagi lah.
  6. PENTINGKAN KERJAYA/KARIER Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden ni sudah bleh ‘mengalahkan’lelaki   dalam melakukan apa2 keje.  Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak tunggu kite. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah…  So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah ye….
  7. PILIHAN HATI MENDAPAT BANTAHAN KELUARGA Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik tak payah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camni memang ada berlaku.
  8. KECEWA DENGAN SIKAP KEBANYAKAN LELAKI Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la ni. Nak tau sikap ape? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa ni dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kahwin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’.  So, baik tak payah kawin langsung…Ada pulak tu laki yang hanya mahu mengambil kesempatan. eeiii! yang ni aku rasa cam nak lempang laju2 je kalau jumpa laki yang camni. Ape dehal der, kalau ko nak sangat kahwin la. Pastu ikut la nak ambil apa. haha!
Lebih kurang camtu lah sebab2 nye. So, kepada wanita seluruh dunia, pikir2 kan & bijak memilih jalan hidup. Kita perempuan tapi kita tak lemah. Anda pikir anda dapat. 

Anda baca anda dapat. hee~

2 comments:

  1. ko memang jamal. Gedik je. haha. seb bek dah jumpe sol kan. hee! cepat kawen! nak rewang! nak tshirt rewang gak! nak krepek. hahaha!

    ReplyDelete