Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Sunday, February 27, 2011

Tambah Koleksi Bantal

Terkejut mendengar ketukan pintu bilik. Bila buka rupa2 nya, miera imprezza. Dia baru balik dari Fieldwork kalau tak silap aku. Seminggu tak jumpa dia. hehe. Terkejut dengan kehadirannya secara tiba2 ini. Kemudian dia menghulurkan sebiji bantal yang comel. Hihi. Thakns a lots miera. Sangat comel. Thanks gak coz ingat gak nak beli buah tangan untuk aku. Thanks gak sebab menambah koleksi bantal2 di bilik aku sehingga menjadi 4 biji bantal di bilik single. ewahhh! mewah gila rasa nya. hahahaha.. suka3!
ohh! bawah tu aku nye comforter. Since katil penuh dengan buku2 dan kertas untuk disettled kan, jadi aku memilih untuk tidur di bawah aje. Tak perlu memilih dan cerewet untuk itu. =)

Poster Tekno

Setelah bertungkus lumus selama beberapa jam, akhirnya saya berjaya menghasilkan poster berkaintan fizik bagi kursus Teknologi Pendidikan saya. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya lebih berpuas hati dengan hasil saya sendiri bagi melahirkan poster kedua saya. Dalam keadaan di mana masa sangat mencemburui saya, rasanya poster ini sudah cukup untuk saya bentangkan pada kelas akan datang. Tetapi sekiranya pembentangan ditunda dan saya masih punya waktu untuk mengedit atau melahirkan satu lagi karya, InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik. Memandangkan saya ingin mencari sesuatu yang terbaik, maka saya perlu ada usaha untuk diri saya sendiri. Mempelajari Adobe Photoshope CS3 merupakan suatu pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih kepada kawan2 yang telah memmberi tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi ini yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Hasil karya:

Saturday, February 26, 2011

Sape Lagi Nak Curik Berat Badan Aku?

kebizian yang melampau sejak akhir2 ni telah mencuri beberapa kilo berat badan aku. haishh! mana pergi nya berat2 yang aku dah kumpul masa cuti sem dulu?? ada chance kembali kepada status 'tak cukup berat badan'. Aku menuntut untuk menjadi normal. 


baru je dapat satu lagi jawatan baru. perghhh! ni yang buat aku tension nih!
kerja2 yang belum settle sebagai:


1. Pengurusi Jawatankuasa Publisiti Festival Seni 2011 (31 Mac-2April)


  • Poster FS
  • Flies FS
  • Digital Board
  • Electronic Board PUSANIKA
  • Surat2 Media


2. AJK Persembahan Pesta Pantun UKM (11-14 Mac)


  • Tema Persembahan
  • Tajuk Lagu, Jenis Tarian
  • Layout Persembahan
  • Skrip Persembahan
  • Arrangement Stage


3. Timbalan Eksekutif Jamuan Karnival Kolej (KUO) (19-20 Mac)


  • Menu
  • Bilangan Penglibatan
  • Jadual Pemakanan
  • Alahan
  • Tempat


Tak pernah aku terpikir aku akan buat kerja2 macam ni. Walaupun sangat penat tetapi sangat banyak pengalaman yang aku dapat.






Mahasiswa, Hidup! Hidup! hehe

Sedang Menjauhi

Kadang-kadang senyap jauh lebih baik dari berkata-kata. Aku pun tak de perasaan nak huraikan mengapa begitu dan mengapa begini. Selagi aku boleh menjaga hati aku, selagi itu akan ku jaga segalanya. Bukan salah kamu tapi salah hati ini. Haha. Apa aku merepek ni? ntah laa. Hanya aku yang paham gelora hati. Betul kata kak teh, besabar lah dan jangan mudah terjatuh. Sebab kalau jatuh sakit lah. Hihi. You make me smile sis. Thanks for being my telinga setia. Aku dalam dilema~

Friday, February 25, 2011

hoi! hoi! hoi!

hahaha..gile dah..Sumpah banyak gila keje. Bagaikan tiada hujung minggu untuk aku sebagai mahasiswa. hmmm. Sangat penat ok! Tapi aku juga punya perasaan. Aku Jeles! Aku jeles! hahaha. Rindunyerrrrr =(

Thursday, February 24, 2011

tetibe segan. blushing! haha

tadi ada sorang kawan aku dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah chat ngan aku kat FB. Dia budak felda aku gak. Tapi masa sekolah rendah xrapat pon ngan dia. Masuk sekolah menengah baru rapat coz kami sekelas. Sekarang dia dah keje as MA kat mana aku tak sure. Malas nak amek tahu. Dulu dia matrik gak, PDT cam aku tapi belajo satu sem pastu dia benti and amek SPA. Then sekarang dia dah keje bahagia tu laa. Dia saje tegur aku kat chat, aku pon layan jela. Pastu aku pon ambil peluang tanya dia pasal tugasan aku yang berkaitan pengguguran haram tu. Dia pon cerita la serba sedikit. Pastu tetibe dia cakap dia selalu sambut kelahiran. Aku pon cakap, huh?? kalau macam tu tak nak la aku bersalin kat ko. Malu lah aku. Hahaha. Dia laki ok, kalo pmpuan tak pe lagi. huhu. Pastu dia tanya nape nak malu lak, aku nak selamatkan anak ko je. Hahaha! tak kira lah. Aku harap nanti aku bersalin tu, oarang yang aku tak kenal yang sambut anak aku. supaya tak malu. huhu

Sedih Kot!

tetiba aku rasa sedih sebab mata aku dah makin teruk kot. Power spect dah bettambah. Semua dah makin kabur. Rasa2 dah + - 200 dah power aku nih. haiyooo! manyak bangat seh! cane nak usha bf kalo ceni ni?? kang silap tengok dapat yang tak nsem cane? rugi la kan..hahaha. ko sa[e nak yg nsem2 je? hahaha. ntah bila nak p tuka kanta nih. haishh! duit ngah kering, time2 ni la spoil duit aku. hoho

Baru Menghargai Kehadirannya

Masa awal sem 3 dulu aku beli buku yang amat tebal untuk subjek wave & optic. Tapi tak banyak guna pon. Mahal kot buku ni. Rasa macam rugi lak beli sebab xbanyak guna. Rupanya banyak kegunaan dia. Berbaloi-baloi! Sekarang guna untuk subjek mekanik quantum. Dan beberapa subjek fizik yang lain jugak. Fuhh! pe ke susah fizik zaman sekarang ni?? mari bersama explore buku mahaiiiii ini:



mari belajar!!


Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

copied from facebook note.

Wednesday, February 23, 2011

aaa..tak paham!

Cane ni?? xpaham la nak wat lab report nih. Macam pelik je graf aku..huhu..tak nak sambung dah..dah la banyak graf. kalo salah jenuh nak padam balik. Rugi kertas graf. hehe. Esok nak tanya maina my lab partner. Experiment senang tapi report penim sungguh laa. Haishh! Mari buat tuto Eletrik Magnet lak. 


Sedang rushing siapkan homework untuk study Mekanik Quantum yang xpaham langsung tuh! ngoO!

Nak Sangatttt Balik Rumah

Dah lama tak balik rumah. Dah 3minggu. takde lah lama mana sebenarnya tapi hati ni sangat nak balik rumah. Tak tahu kenapa. Tapi aku kena habiskan lesen dulu sebab aku tak tahu apa yang akn berlaku dalam minggu2 akan datang. Maksud aku keje2 macam assignment or kuiz. Setakat ni pun masih ada assignment yang perlu disiapkan segera. Jadi aku prefer settle kan semua dulu. Tapi aku musykil gak kenapa tiba2 aku rasa homesick semacam. Hmm, hopefully family kat rumah baik2 je la, kan. Mak ok kan? Abah ok kan? Adik2 pon ok kan? akak2? korang dah besar, pandai2 la eh. hehe. Tapi orang pon ok gak kan? haha. hishh! nape nak balik gak ni??? aiyooo. Tak pe lah. Bagi lepas midterm mekanik quantum dulu baru aku arrange jadual balik. Kalo balik limited sket masa study. Tak kan nak study je tapi tak tolong mak masak ke apa kan. aku pon x rajin sangat nak intai buku kalo duk rumah. hehe. Takpe2, sabar lah wahai hati. Masa yang ditunggu akan tiba. Balik gak ko nanti.

Aku Semakin Hilang Punca

Pada detik dan ketika ini, ku rasakan life aku sangat bz. Kalau kias2 boleh kata tak sempat nak panas bontot duduk. Masa privasi malam dan banyak terganggu dengan kelas kok-K laa, jaga kiosk la. Wahh, banyak nya komitmen yang diperlukan. Begini rupanya life kat universiti ni. Macam mana la tak tunggang langgang rasa diri ni. Banyak masa habis dengan aktiviti lain dan susah nak luangkan masa untuk belajar. Seriusly aku semakin risau dengan kualiti pelajaran aku. Dapat ke aku maintainkan graf directly proportional for pointer against semester. Semua tu perlukan pengorbanan. Aku akan cuba buat yang terbaik. Tapi aku tak boleh lari dari online setiap hari melainkan wifi mengalami masalah lagi. haha. Tapi jangan la problem lagi eh wifi, aku banyak kerja yang melibatkan internet even fb dan blogging ini merupakan kerja sampingan sahaja. hehe. 


Selalu orang kata, bersabar la dengan apa yang berlaku kerana setiap yang berlaku itu ada hikmah nya tersendiri. Sekarang ni aku nak ungkaikan sesuatu yang buat aku rasa bersyukur dan aku redha dengan takdirnya. Ye, dulu aku agak down dan kecewa sebab kehilangan seseorang dalam hidup aku. Tapi tu semua dulu, maybe sebab masih belum stabil dari segi emosi. Tapi bila aku pikir2 balik kan, ada hikmah aku dan dia xmacam dulu dah. So, aku lebih focus pada study. Alhamdulillah. Aku sekarang lebih matang berbanding dulu. Rasanya la. kalo orang lain jugde aku xtahu. Tapi tu pandangan masing2. Aku xnak tahu laa. haha. Banyak pikir dan merujuk kepada family. Belajar rajin2 pun sebab pikir masa depan sendiri dan juga mak abah. Mak abah dah banyak bagi kemudahan kat aku. Bagi laptop, bagi duit, tak lama lagi nak anta motor lak. Hm, maunye tak rasa bersalah kalo belajar main2 kan? So, sekarang ni aku kena ada satu azam dan kena betul2 usaha nak capai. Tapi aku risau dengan keadaan sekarang yang sangat bz. hoho. Oh Tuhan, kau berilah aku kekuatan dan kesihatan agar semua impianku tercapai. amin.

Tuesday, February 22, 2011

Apa Beza Life KMM dengan Life UKM??

KMM is stand for Kolej Matrikulasi Melaka & UKM stand for Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang mana lagi heaven? Matrik or U?? mari bersama merungkai rahsia di sebalik tabir. hehe.


::Matrik::
1. kalau bab belajar sangat tak serius especially time PDT. oh! heaven sangat dengan cuti yang banyak dan tanpa risau kes kena 'tendang' akibat pointer rendah pada sem1. memang bongok gile ah time matrik
2.bab makn memang tak payah cakap. sangat kuat makan. breakfast wajib milo/coklat + twiggies
3. time lab sempat skip jap kuar g beli makanan kat kafe coz kafe sebelah lab. hehe
4. masa PST belajar dah serius sikit sebab rumet aku sangat rajin dan pandai. maka, terpengaruh. Terima kasih rumet ( ros, bobot, ejat dan momo)
5. jangan pelik even satu bilik hanya 4 orang tapi bilik aku dan bilik depan bagai kan sebilik. tapi bukan semua ahli nya. hanya kami berlima walau di mana dan jua ketika. we are da KLIK 5.
6. Setiap petang wajib tido xkira lepas asar or tak. wajib okeh! di kala itu semua akan senyap sebab semua tido. hoho
7. berat badan pon semangat dan sangat 'bahagia' ye ketika itu even gastrik sentiasa menemaniku. haishh!


bukti kegemukan ku:
bersama rumet PDT

::UKM::
1. belajar menjadi satu perkara penting sebab saingan di sini sangat kuat dan mendorong aku utk berusaha lebih keras.
2. semakin menuju ke alam pekerjaan membuatkan aku lebih semangat mengejar cita2.
3. kawan2 semakin sengal dan seronok bersama mereka.
4. uppss! rumet? hanya ketika 1st year. kini ku di bilik single. lebih mudah dan bahagia menjadi blogger. dan InsyaAllah akan terus berada di bilik single tanpa gangguan dan boleh focus lebih utk belajar.
5. Alhamdulillah bersyukur dgn pointer yang dulu xpernah dapat. Terima Kasih Ya Allah.
6. bila nak kawen??oh, tak jumpe calon lagi. nak carikan ke? xpela. xpenting. hehe
7. berat badan berkurang atas sebab sangat busy dengan kerja dan jadual yang pack. 
perubahan padaku:

geng2 cikgu Fizik yg sengal

ohh! lupe lak..yang mane lagi heaven eh?? tunggu habis u dulu baru leh jawab. hee

yeayyy! boleh pon..hehe

tu la gatai tgn sgt tekan rata2..dh xleh buka blog beberapa hri..dh xegt nk cter pe kat sni..ce cter...ce cterr..disebabkan itu aku keje dok ulang cte kak limah ntah dh bpe kali..tapi gelak menten sama..xboring..hahaha..pastu ngn video dak penang ngokngek tu lagi..hemmoh2..indah sgt la dunie ko eh nisa?? study tak habis lagii...ko egt ko pandai sgt dh ke mekanik quantum tuh?? woooo! sumpah takut nak exm MQ..bapak ah..xpaham pe satu ni..baik2..aku cube tuk stdy..nak jadi lecturer matrik kena rajin kan..ngeee~

Saturday, February 19, 2011

Apsal ni??

seriusly down! xtau ahhh. xsuke rse camni. bengong tol nangis time2 ceni. apsal la rse tensen sgt ni. byk nye prob dtg hari ni. byk yg uji kesabaran. AHhhhh! nak balik rumahhh. nak share ngan mak..xnak cal mak sekarang. t mak rsau dengar aku nangis. mcm rtu. huhu. makkk, tulunnn. xhabis exam lagi ni. :(((

Sape Kate BESTFREN Tak Penah Gadoh??

Korang penah ade bestfren?? penah x gado ke? sakit hati ke? terasa hati ke?? ntah la..even dah lame kawan pon. kdg2 mesti lalui gak mende2 ceni..b4 ni penah gak gado tapi xpenah lak aku rse emo sampai ceni..geram lak aku rse..honestly aku terasa ngan die..sebelum ni xpenah lak ko nak tacin2 kalo aku ckp pape pon..pastu tbe tadi nak bg ayat yg wat aku panas je..mule2 bajet cam gurau je mesej ko tu..bile aku rep ko wat cmtu lak..ok la fine kan..tetibe nak bagi ayat camtu..sumpah aku terase..xpe r beb, aku pon malas dah..aggap jela xpenah kenal kite ni..even dh 4thun..buang je semua tu k..buang!! kalo ikut hati aku remove ko dr frenlist fb aku..tapi aku pikir dulu aku wat cmtu tapi efek die makan aku blk..so, xpe, aku bertahan je ko kat situ..ntah nape aku rase lost n very lost..patot xyah jadi bestfren kan..gagagagagaga! emo n emo! aku tetap akan ingat peristiwa tadi..sori bro atas salah silap aku ngn ko selame ni..fulstop! 


p/s: kawan? juz give and take.

Friday, February 18, 2011

Lakonan ku yang mantap!



sedang menunggu ketibaan nash untuk meneruskan step lakonan.

credit to athirah elias coz candid gambo nih time aku ngah main kamera lain..hoho..ngoooOOO!

nset mahal kan. 8MP..nset aku 2MP je..huhu


seronok berlakon konon2 kad bank CIMB kena telan kat ATM..padahal bank CIMB pon tarakkk..hahaha...sampai nak nanges ni berlakon..gile lah..pasni aku nak masuk teater la plak..ngooOOOO!

neway! hepi besday to dila nani..hehe


Friday, February 11, 2011

Ngidam

Tingin sangat nak makan mushroom soup! arghhh! gara-gara seri la ni makan kat luar malam tadi..huhu..Aku pregnant eh tibe2 ngidam mende2 pelik ni..hahaha..bengom! aku masih dara. 


bodo nye post! 
hahahaha


sedang menanti ketibaan mushroom soup. yeahhh! sedap nye..xnak nasi coz musim exam ni nasi musuh utama. nanti setan gemok sebok ngorat aku suh tido. haishhh!

Thursday, February 10, 2011

From Bottom Of My Heart

Just The Way You Are


Just Being Yourself


Just Forget The Past


Just Looking Forward


Just Be Happy For Yourself & Others


Just Doing Nothing


Just Ingore Your Feeling


Just Waiting For The Right


Just Quiet & Wait For That Word






Ape motif ni. Kejadahnye!! merepek lah. kahkahkah

Anak2 Mak Abah

Dlm duk bergurau ngn adik beradik (salu ngn akak laa). Perkara bese adalah menganjing, mengutuk dan mengejek menjadi gurauan mesra antara kami. haha. Bahagia. Jawapan balas selalunye juga kasar tapi mesra bagi kami. Contoh: bengong la ko ni. heyyy, bdo la cakap aku cam tu, bongok! ngok ngek! haha. Tapi kami xpenah terasa hati dgn kata2 ni sbb kami tahu itu gurauan antara kami. X diguna pkai diluar melainkan dgn mereka yg sekepala ngn adik beradik ku itu. hee. Jangan rsau okeh. Mak & Abah selalu tegur bila kata2 ni diluahkan. Walaupon ianya dianggap gurauan dlm kalangan kami tapi mungkin tidak pada org luar. Jadi kami mengambil pendekatan supaya tidak mggunakannya diluar. Tanggungjawab mak abah dh lepas cuma kami yg degil. hee. Salu mak tegur "cuba cakap sopan2 sikit...." TAPI aku ada jawapan nye. "baik lah mak" dgn membetulkan semula ayat sebelumnya "bodo la ko ni" (dengan nada yang lemahhh lembuttt gileee) =) Mak pon tergelak. Main2 lak ko ni Nisa! mak tegur leklok tu. haha. Mak pon xamek hati sbb tau anak2 die paham n mmg anak2 die sengal dan sentiasa ceria. Nak2 kalo semua balik, rumah mcm pasar malam. Gelak mmg xtinggal bekas. All out keluar. hahahahahahahahaha! Aku bahagia ade family aku. Love Them Forever~

Seronok Jadi Cikgu Tekno

firstly aku nak marah JAMALL sebab die xnak gtau awal2 yg En Yusuf xde hari ni. Dengan skema batu nye kami 10org bergerak ke kelas dgn 30 min awal sebelum masa lab bermula. Aku agak pelik sebenarnya tadi npe la En Yusuf ni xmasuk2 kan. Tapi cam bese la, masuk lab on comp buka fb buka wordpress. Dah ghalik sgt men tenet sedar xsedar dh lebih sejam tanpa cikgu. Dlm masa itu kawan2 kelas mintak tulun dorang wat wordpress tu. Seronok lak dapat ajar dorang. Hehe. Masa aku explore dulu mcm nak nagis rase wat mende alah tu. sampai lewat malam. Sampai tensen2 explore. Masa tu lagi tensen sebab jamal pon explore tapi duk tye mcm2. Aku pon x expert lagi masa tu. haha. ko bace ke jamal? naseb ko lah. aku jujur. haha! tapi stelah berjaya explore sedikit sebanyak, kini ku bahgia dapat kongsi ilmu ngn kosmet. cewahh! rase hot lak bila dipanggil ke sana kemari. hahaha! bapak perasan!! hehe..gurau je. Suatu rasa yang puas. cubalah. Tapi sorry to tirah coz ade yg aku xdapat ajar coz blog ko pelik cket n aku nmpak ko tensen td plus ngn ko xsehat nye. bukan aku xnak tlg, tapi sbb ko nye tu dah lari dr basic yg aku ade. agak advanced kot. tu yg xdpt nak tlg. huhu. Anyway, belajar buat wordpress tu satu pengalaman yg byk membantu terutama dlm bidang pendidikan. Semoga kami semua dapat mengaplikasikan teknologi ini pd masa akan dtg bagi penambah baikkan proses PNP kelak. Student love Good teacher. =)

Tuesday, February 8, 2011

Sedang Berusaha

  1. berusaha curi masa study
  2. sistematik-susun jadual n organise tugasan
  3. usaha kurangkan tido
menghampiri tahap stress melampau. sekian! 


Monday, February 7, 2011

Kata Hati

Entry kali ni berkisar tentang soal hati. haha. Maap la ye kalo kali ni aku berjiwangan sedikit. Itu NORMAL oke. hee. Tibe2 aku terpikir tentang soal kehidupan berumah tangga. Sebab tadi duk cte ngan maina pasal hantaran kawen la ape kan. hehe. Pertama sekali aku memikirkan tentang 'teman' atau erti kata lain nye bf. Sebagai seorang yg single tidak mustahil kalo kite terpikir pasal ni kan. Cinta sejati? ape tuh?? haha. Setia?? ape tuh?? haha. Kadang2 rasa xpercaya lak ngan semua ni. Kalo dulu kita setia tunggu seseorang. tak bermakna kita akan tunggu sampai akhir hayat kan. tambahan lak bila orang yg kita tunggu berubah sama sekali, betol x? haha. Itu lah yang terjadi pada diriku yg lemah ini. huhu. Agak sedih tapi masih mampu diharungi. Aku dah xkesah. Maaf andai kau juga turut merasai nya. Mungkin tidak ada lagi persefahaman antara kita. Cewahh! kahkahkah. Kosong! tanpa perasaan. Penah ke terpikir nak cari pengganti? pernah tapi hanya terpikir tanpa tindakan. Sebab rasa malas nak serabutkan kepala. Dalam situasi semasa kini aku masih lagi mampu hidup dengan status sekarang. Akk aku pon 3org lagi lum kawen jadi tidak menjadi masalah bagi aku. So, xyah kalut2 nak pikir tentang bf kan. Tapi mak aku kata better cari bf time belaja sebab nak kenal hati budi orang tu makan masa. Kadang2 hanya manis di awal perkenalan. Yang itu yg kita takutkan. Tapi kalo nak cari tu macam beli belah kat pasar malam xpe. Ni susah ya amat! haha. Xpe, masih byk waktu mungkin. Jodoh tu Allah dah tetapkan tapi kite kena cari. Cume mungkin belum sampai masa aku nak pergi mencari. Seronok gak kalo die yg cari kita. Maksud aku kalo bakal suami kita yg cari kita. hehe. Semoga bertemu jodoh dgn org yang menyanyangi aku pada jalanNya. Amin~

Friday, February 4, 2011

Nubhan - Aku atau Dia [LIRIK DI SKRIN] *High Quality*

Cuti-cuti Malaysia

wohoho..seronok ah cuti kali ni. Even aku balik lambat tapi puas hati laa. Even xcukup study ag tuk exam tapi seronok laa. HAHA. Padahal cuak weh. Ni sedang menanti ketibaan Along sekeluarga dari Johor. Baru boleh balik, nak balik awal xboleh sebab kat segamat banjir n beberapa tempat lagi la. So, hari ni dorang gamble gak nak balik. Kakak hanie sebok dh nak balik umah Atuk Topi die. Hanapi boleh jadi Topi? ape daa kakak. haha. Ish! xsabar rasenye nak jumpe kanak2 dua orang2 tu. Buah hati matam. Yeahh! Suke2! welcome home hanie & Areel. Ibu & Ayah nye sekali laa. haha. Patut sekarang dah gerak ke Jengka tuk attend majlis kazen bertunang tapi postpone ke lewat petang coz nak tggu my buah hati tuu. Bukan senang nak balik umah, time2 ceni la nak gathering anak beranak. Hehe. Dapat berkumpul seisi keluarga. Alhamdulillah, masih dibei kesempatan waktu untuk kami merasa bahagia. Amin. Waahhhh! skema pulak aku nye post kali ni. Kire sekarang hanya menunggu family along jela. Yng lain dh ade di rumah. Home sweet home. kikiki. Penuh suda kereta2 di halaman rumah. keta abah, kete k.ngah, kete k.de, kete k.teh n kete bechik. Japlagi tambah kete along. So, ade 6 biji kete di halaman rumah. Kete aku??? Belum meh!! lambat la lagi..huhu.. Sedih2! Xpe, tggu la xlama lagi aku akan beli gak kete. Amin. Tggu keje oke! Udah2, gatal idung r nak taip lame2. Adik aku lak duk usah je aku wat essay kat blog ni. Ape ke sibuk nye ko nih. Nak wat essay gak la tu. haha. Xmo bagi pinjam lappy. g ber blog kat desktop bawah tu. Xpon g gune teh nye. lalala. Aku nak tukar password, jap lagi hilang semua keje2 aku dlm ni. Korang bukan leh caye. Pantang tggal semua nak selongkar. Disebabkan nak tggal lappy kat umah petang ni, so kena amek langkah berjage2. Maap ye adik2, gua sayang lappy gua. Korang g men desktop kat bawah je oke. Sekian! masehhhh~