Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Saturday, July 30, 2011

Friday, April 29, 2011

Cara Nak Jadi Pelupa??

hehe..ada jugak eh tajuk entry macam ni? Ape pon xboleh! Haha. Sudah lama aku tak update blog sebab sibuk dengan exam. Memandangkan petang tadi merupakan hari kemerdekaan aku untuk sem ni jadi, boleh la menghapdet sat. Aku nak kongsi satu tips la. Rasanya, rata2 remaja kat luar sana ada yang mengalami masalah putus cinta ke, cinta tak terbalas ke, ditinggalkan kekasih ke atau senang cakap negatif effect on urself la kan. Sedih?? sangat kan. Tapi rilek je k. Bukan kata kita ni tak ada perasaan atau hati batu. Kita ni insan lemah, soal hati ni memang sakit. Paham sangat. huhu


Tak nak panjang cerita, kang aku2 sekali duk meleleh depan laptop nih. Sudahh!!! Cukup! Jangan buang air mata. Kalau ada jodoh tak kemana. Jangan sesekali benci si dia ok. Folo tips yang tak seberapa ni:


1. Jangan cuba untuk melupakan si dia. Sebab kalo u oll cuba kan, makin dicuba makin lekat kat kepala. Pehh! memang jiwa kacau kan. Jadi, jangan cuba untuk lupakan tapi ikut langkah seterusnya.
2. Sibukkan diri anda dengan aktiviti lain yang membuatkan anda tiada masa untuk memikirkan dia. 
3. Elakkan bersendirian sebab kalau bersendirian anda lebih cenderung untuk mengibau kenangan lama, kemudian menangis bagai nak ghakkk! sedangkan si dia, hampeh! ape pun tak boleh~
4. Cari tempat luahkan perasaan, setidak-tidaknya ringan bebanan di kepala. Jangan pendam, nanti tensen. Sabar k kawan2.
5. Ingat, apa yang terjadi tu ada hikmahnya tersendiri. Mungkin korang akan jumpa orang yang JAUHHHH lebih baik dari dia. 
6. Kalau korang still tak boleh nak kawal emosi korang, buat solat istikharah, solat tahajud. Mintak ngan Allah berikan kekuatan, beri petunjuk. InsyaAllah diringankan kesedihan tu.
7. Cuba buka ruang n pandang sekeliling untuk orang lain masuk. Mana tahu tu jodoh korang. memang take time mende ni, tapi sabar la. Tak ada apa aku boleh cakap selain sabar.
8. Mood korang seriusly down gila sebab korang sayang gila kat dia. tapi cuba hang out ngn kawan2 yang sekepala. Tengok cerita lawak ke, tengok cerita faveret ke. Tapi jangan tengok cerita cinta sebab korang akan teringat kenangan korang. 
9. Doa lah banyak2 ye. Jangan sedih2 ye. Keep moving forward!! =)







Wednesday, April 27, 2011

Motivasi Diri

Bersyukur even kita lambat tersedar dari kesalahan...
Dari langsung tiada kesedaran...
Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa...
Allah uji kita sebab kita mampu...
Jika rasa tak tertanggung semua dugaan...
Ingatlah kita punya tempat mengadu dan berdoa...
Ingatlah, tak semua yang kita nak kita akan dapat...
Kadang2 kenyataan tu lebih menyakitkan...
Pasrah dan redha dengan apa yang terjadi...
Yakinlah bahawa Tuhan menyediakan hikmah disebalik yang terjadi...
Semoga apa yang dihadapan lebih baik dari apa yang dibelakang...
Tabahkanlah hatiku Ya Allah...
Agar aku bisa berdiri mengharungi segala ujianmu..
Sesungguhnya aku insan yang lemah...
Tetapkanlah hatiku Ya Allah...
Tak tertanggung rasa dihati...
Hanya engkau tempat aku mengadu dan tempat aku memohon...
Jadikanlah aku wanita yang tabah dan kuat...
Semoga hadirnya kelak menyinari hidupku...
Amin.

Tuesday, April 26, 2011

haha

bukan YM nampak dia online. 
jarang boleh serentak...
hati meronta2 nak buzz...
tapi malas ahhh.....
study nuh Nisa!!
banyak bunyi..habis exam baru pikir...
HAHAHA

Monday, April 25, 2011

Kak Limah

kak limah oiii..betul la dialog2 yang budak2 ni duk like tulisan blue2 tu. Tu la gunanya English in Education~ macam hampeh gila aku rasa sekarang. Sebab lecture note tunggang langgang dalam malay ada dalam english pon ada. Dah fenin2 lalat aku baca. Konon heaven la dah habis paper killer. Ni datang paper Gila lak. Dah la banyak slides! Memang la aku benci subjek baca2 ni. Baik bagi aku kira2. Baca2 banyak ni ngantuk, bosan, penat nak karang ayat panjang2. haishh! Sabor jela. tensennnnnnnn! cepat sikit oiii habis exam. habis sem ni memang aku nak enjoy habis2 la. Bersiap sedia lah dunia. hehhh!!!!

Big Smile

Big smile at the end of killer papers. Bye2 to Quantum Mechanic! 
Even still have 2 more papers for this semester, now I can smile n claps for myself. Tahniah! Tahniah!
Alhamdulillah. Thanks to God.
Waiting for 28th April 2011 , 5.00pm =)

Sunday, April 24, 2011

Petua Errr

Assalamualaikum Readers. Petang ni saya tak de idea nak buat entry. Maybe boleh cakap entry sebagai petua untuk bersiap ke exam kot. Sebab saya baru nak iron baju untuk ambil exam esok pagi. Haha. Tak de kaitan sungguh. But, boleh diselitkan juga la. Sebagai seorang perempuan, kita perlu sentiasa kemas even dekat rumah. Jangan pulak bila dah kawen ko selekeh tahap tenuk, lari laki ko kang. Kira jaga la persolnaliti kita tu ye. Espclly dari kalangan bakal2 guru like me n dah sememangnya guru la. Tapi saya ni belum cukup personaliti guru lagi coz perangai gila2 masih ada. Ngahaha. oii, keluar topik. Sambung2. 


Kemas contohnya la kan:
1. bahagian kaki- pakai la kasut or sandle yang bersesuaian dengan tempat dan event. Jangan pakai heels p panjang gunung. Memang sengal sangat. Pakai kasut yang bersih. Kalau selipar kaler putih or kaler cerah yang dah bertukar kaler tu rajin2 la basuh, berus sikit. Tak perlu la nak beli selipar baru. Mewah betul kau, bazir!
2. pakaian- pun sama ikut tempat dan masa. Baju jangan seksi seksa sangat. tak baik woo, Tuhan marah. Hias atau perkemaskan diri supaya sedap mata memandang. Bukan menjolok pandangan. Kemas tu penting. pkai baju tu pilihan yang betul dari segi warna la. Tapi style sekarang pakai tudung ngan baju tak sama warna dah. macam cantik plak kan. Ikutlah mana yang berkenan dihati korang ye. Iron baju2 anda, jangan malas ye kwn2.
3. Tudung or rambut(free hair)- yang ni paling penting kot 1st orang akan pandang ialah bahagian atas. Kalau dh cam selekeh dorang dah mind set yang kita selekeh. susah la kan. Ingat satu je, "susah untuk kita ubah pandangan orang atau cakap2 orang, tapi senang nak elak kalau kita cuba ubah diri kita supaya tak diperkata2kan". Korang pegang prinsip ni je. Tak da la kita kecik hati ke, makan hati ke kan. Mulut tempayan boleh gak kita tutp, mulut orang kalau kita nak tutp maunya makan penyepak pree. haha. Gurau je.


Tu jela kot tips2 yang tak berapa nak jadi petua. haha. Actually tak da idea coz pening ngan subjek esok pagi. hohooo. Ting tong den nak boleh ke paham content subjek. Hopefully, tomorrow will be the great day for all future physics teacher. Even tak dapat jawab pun nanti kena senyummmmmmm =)
Dah2, iron baju lak. piuuu~ piuuu~

Rahsia Bulu Mata

Apa yang anda tahu mengenai bulu mata anda? Bulu mata juga mengalami dehidrasi especially masa2 dingin or senang cakap sejuk la. Bulu mata yang gugur atau jatuh juga boleh diganti. Maksud nya bulu mata baru akan tumbuh dalam masa empat ke lapan minggu. Mengikut usia ye, kalau makin meningkat usia kita makin lambat la nak tumbuh bulu mata baru. Tapi ada cara untuk mempercepatkan atau melebatkan bulu mata kita. Contohya dengan menggunakan baby oil atau jeli petroleum pada bulu mata anda. Boleh juga gunakan produk khusus yang melebatkan bulu mata tapi better dapatkan nasihat doctor atau pakar dermatologis dulu ye. 


Gambar: Google

ehh! stylo jugak kalau bulu mata macam ni kan? boleh buat dendan or tocang kat bulu mata je. 
piuuuuu~ piuuuuu~ piuuu~

Saturday, April 23, 2011

Learn Something New

Selamat petang dan selamat berhujanan semua. Kalau u oll dekat UKM Bangi sekarang tengah ujan n menyebabkan cik Obes tak dapat makan bubur jagung kat pasar malam Bangi lagi. heh!! tacing gua. Tadi cik Obes cam pelik2, hairan2 n curios la kan selama ni macam mana dorang ni duk buat printscreen. Macam syok lak kan. Jadi cik Obes pun google la kan. haha. macam bengong kan? Tapi tak salah nak belajar. Tak rugi pape pun. At least tahu dari tak tahu langsung. U oll tu gelak2 kan aku, tahu ke?? heh! berlagak cam kentut! pirrrah. Cik Obes pun tahu gak la der even lambat. Pasni nak printscreen banyak2 baru puas hati. Berbaloi2 wa belajar. hahaha! tapi macam syok dapat printscreen ni:

waa, macam smart plak kan. haha
piuuuuu~ piuuuuu~ piuuuu~

sape2 yang lambat sesaat dari aku nak tahu tentang printscreen ni boleh la follow this step eh:
1. Perhatikan keyboard laptop or PC u oll tu, ada tak tulis shortform printscreen like 'PrtSc' ke pape la yang berkaitan. Ok, press that button. Lah! Tekan jela, tak meletop aih laptop hangpa.
2. Buka Adobe Fotoshop. Tak kisah la jenis apa pun janji adobe sudah. Tak payah duk banyak bunyi. haha
3. Klik 'new' then ubah scale yg sedia ada bagi ngam2 ngan u oll punya screen tu la. Agak2 jela. Besar tak pa boleh crop nanti. Kalau kecil gambar jadi tak cunn.
4. Klik 'edit' n paste la. Nanti kuar la gambar prtScrn u oll tu. Wah! teruja kan? 
5. Nak save as JPEG, pergi kat 'file', 'Save as', tukar Format jadi JPEG. 
6. Settle. P cek balik gambar u oll. Pastu p nuh upload merata. Jangan duk prntsrn gambaq tak elok sudah! Tak elok, Tuhan tau. Dosa2~ 

Selamat Mencuba~~

Petua Jimat Kredit



Assalamualaikum.


Hai readers2 sekalian. Siapa yang tengah belajar lagi sekarang. I mean yang berada kat institut pengajian tinggi la like matrik ke, universiti k, poli ke..macam tu la lebih kurang. Ada tak?? Kira2 sekarang berada di penghujung semester. Betul tak? Dan u oll sekrang kekeringan, kekemarauan wang, duit dan pitih. kan? kan? kan? nak topup pun pikir banyak kali. Oh! kalau kaya tak la kot. Tak pun kikis duit mak bapak memang tak pikir nak jimat2 la kan. Duk keje topup mesej balak, mesej awek duk perabih duit. Hey! come on la anak2. Saving sikit la. Meh ikut petua jimat kredit cik obes. haha


Senang je, yang pertama u oll kena ada laptop or PC yang sentiasa ON. Sebab u oll perlu online selalu. Kalau yang dah tau tu plez abaikan. u oll sign in YM pastu click kat name frenz u oll yang u oll nak mesej tu. Kalau tak ada dalam list add la dia dulu. kalau tak pun u oll klik je mana2 kawan u oll yang u oll jarang chat even dia offline. Then, click kat send mesej via mobile fone tu. Enter number n type mesej u oll. Then, ur mesej will be send to that number laa. Thats easy right?? Jimat duit gila. jangan nak mebazir even 0.01 sen. Sebab kalau dah banyak kali send boleh pergi beli nasi ayam satu. haha. Mybe mende alah ni dah lama orang guna. Tapi kalau lama dibiarkan berhabuk tarak guna satu sen pun der.


Selamat Mencuba dan semoga Jimat DUIT TOPUP. hehe =)

Ori ke Palsu

Morning Readers! Hari ni Cik Obes rasa macam lebih bersemangat sebab dapat tido yang cukup sangat. Alhamdulillah. hehe. 


Today i gonna share something about natural beauty to all my beloved readers. Mesti u oll macam dah biasa tengok orang mekap tebal2 dua tiga inchi kan?? lawa tak, cantik tak kalau camtu bagi korang?? bagi cik obes kan, boleh laa di katakan lawa tapi tak natural laa. Laki selalunya tak suka yang macam expose sangat tau. Mekap biasa2 dah la. Kalau dah tak cantik tu, tak cantik jugak la. oppsss! bukan2, semua makhluk Allah kat bumi ni dijadikan cantik belaka. So, jangan ada yang rasa rendah diri. Eh2! kau yang baca ni boleh senyum2 lak bila cik obes cakap semua orang cantik. Memang kau cantik pun. Memang kau hensem pun. 


Tapi kan, kalau u oll nak tau seorang girl ni cantik semulajadi nya adalah saat dia betul2 baru bangun tidur. Tanpa mekap dan tanpa sebarang bahan lain di muka mereka. Rambut serabai ke apa tu belakang cerita. Perhatikan raut wajah ok. 


Selain tu kan, kalau nak tahu gak girl/boy ni pembersih ke pengotor ke or sebagainya kan, u ol kena tengok rumah espsclly bilik diorang. Sebab itu adalah main port diorang. Kalau bilik sepah tahap tenuk tapir memang dia bukan orang yang bersih2 la. Kadang2 dia pun jenis serabut dan kalut gak. Haha. Tapi tak semua camtu sebab ada yang hipokrit je. Luar semua 'cantik' dalam macam kentut. haha! heh!! tak de sivik sungguh~Satu lagi, ada kawan cik obes cakap dulu, dari kuku kaki or jari kaki pun boleh tengok orang tu pembersih or pengotor. Sebabkan kaki berada di bahagian paling bawah, so selalunya orang tak nak care sangat pasal dia same goes to port tetap dia la. So, nilai sendiri la ye.


Malas nak type dah coz cik obes nak start usha buku untuk paper Quantum Mechanic Tercinta. Bapak SUSAH!! Doakan cik Obes ye. At least dapat markah untuk jawapan hentaman. piuuu~ piuuuu~


Sebelum cik Obes close entry ni ada lagu sikit berkaitan entry hari ni


Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini,
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi,
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit,
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit...


Senyummmmmmmmmm..kompem lebih sweet =)

Friday, April 22, 2011

Petua Elak Double BO (Boroi + Boncit)

Assalamualaikum dear all readers. Alamak, baru start typing je setan gemok kacau. Ngantuk pulak. Tak pelah, demi perkongsian info cik Obes bertahan. eeeyaahhhhhh! Nyah kau dari sini setan gemokk!!


Cepat2. Hari ni cik obes nak kongsi petua untuk elak atau atasi masalah perut buncit atau pun boroi. Sebab terpikir time kuar makan ngan maina n mijot dlam kereta tadi. haha. Walaupun ada segelintir antara kita ni suka mempunyai ciri2 ini atas alasan buncit lambang kemewahan, lambang kebahagiaan. Piirrrraaahhhhh! Konon la kau. Eh! tak baik la, suka hati dorang la nak buncit pun. Tak susah kan kita pun. Cik Obes nak tolong bagi sesiapa yang memerlukan sahaja. yang ingin kekal Mewah dan Bahagia anda boleh teruskan gaya hidup u oll ye. 


1. Banyakkan minum air masak (byk manfaat air masak/putih ni utk tubuh). Untuk membantu proses penyahtoksin dari badan dengan efektif.
2. Kurangkan pengambilan garam. Sebab lebihan garam dalam tubuh menyebabkan badan kita kurang air.
3. Makan secara perlahan-lahan. Sebab kalau u oll makan laju2, nanti udara yang terperangkap dalam makanan u oll tu akan memerangkap gas yg menyebabkan perut u oll jadi belon. 
4. Ambil makanan berserat seperti buah-buahan sebab makanan ni akan membantu proses pengimbangan air dalam tubuh. Sayur juga sama. Untuk memudahkan kita buang air besar. Kurang buang air besar juga menyebabkan kebuncitan.
5. Bersenam. Ni basic je, semua orang patut tahu. Rajin2 kan diri u oll untuk selalu buat sit up. Bukan sahaja dapat kempiskan perut, malah dapat mencantikkan bentuk tubuh bagi wanita sebab akan kelihatan lebih ramping. lemak2 dan spare tyre korang akan hilang.
6. Sarapan dengan yougurt. Ni kalau yang banyak duit boleh la. Mahal kot
7. Amalkan posisi duduk yang betul. Duduk dalam keadaan tegak dan betul. jangan nak bongkok2 sebab bila bongkok tu perut melondeh kebawah. Awas!
8. Amalkan minum teh 0 campur perahan limau nipis. Minum pagi2 selalu tapi untuk yang tiada penyakit kronik la ye. Kalu u oll minum pastu ade efek lain, cepat2 g jumpe doktor sebab mungkin body u oll tak boleh tampung kandungan bahan tu.
9. Asam jawa + air suam dan dibiarkan semalaman. Bukan sahaja dapat mengempiskan perut malah dapat menjaga suara buluh betong anda. Eh2! buluh perindu laa..hihi
10. Jangan amalkan makan nasi berselang air. Orang cakap kalau selang2 air ni pun boleh menyebabkan penyakit lupa. So, elakkan ye kawan2.


okeh, sepuluh jela dulu. U oll try dulu petua2 yang ada kat atas ni. Jangan cepat putus asa kalau nak cantik. hihi. Cik Obes juga wanita, cik obes paham kalau buncit2 ni macam susah kan nak pilih baju, nak dressing keluar pun macam malu kalau nampak "kelebihan" pada perut. Macam pregnant pulak kan. So, kalau nak cantik kena la ada usaha. Tapi! cantik , cantik juga, kesihatan perlu jaga. Ingat tuuu =)

Kite Bakor Jer. Sabo Jer Laa

Assalamualaikum kengkawan sekalian. Pagi tadi cik Obes dah habis satu paper lagi. Sebab jawab exam cam tenuk kan tadi, jadi cik obes nak bergumbira di blog plak ah. Jangan tensen2, kite gelak je. Cik Obes nak share teka teki yang bengong tapi syiok kalau dapat kenakan orang. Haha!


Jap! kalau korang nak main, pas baca soalan baru tengok jawapan. Baru la maveles. Men kelat tak de feel la der. Lek luhhhh! Jawab dulu. Jangan tipu, Tuhan marahhh..hee


Soalan:
1. Bulan Bintang. Mana satu anak dan mana satu bapak?
2. Dalam banyak2 katak, katak apa yang boleh bercakap
3. Emak si Katun ada 5 orang anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan??
4. Pintu apa yang bila ditolak oleh 10 lelaki gagah pun xboleh?
5. Masa dia hidup kita nyanyi2 ngan dia, tapi bila dia mati kita tepuk tangan pulak dah. haishh. Apa tu??
6. Kenapa pokok kelapa depan rumah perlu ditebang?
7. Ahmad bin Abu, Kambing bin apa?
8. Saya ada 3 kepala, 5 kaki dan 6 mata. Siapakah saya??
9. Scorpion kaler ape??
10. Apa persamaan kain di jemuran dengan telefon?


Jawapan:
1. anak dia BULAN dan bapak dia TANG (Bulan Bin Tang)
2. katakanlah~ nyanyi je lagu si lembut tu.
3. Si Katun la sengal!
4. Pintu yang ditulis 'TARIK'. HAHA
5. Lilin sambut besday
6. memang la tebang. Gila ke ape nak cabut. Badang ke kau?? haha
7. BINatang. ngeh3
8. Pembohong. Nampok benor menipunyer.
9. Kala jengking. hihihihi
10. bile 'kringggg' je kite angkat la kan. 




hahaha. Rasa cam tertipu kan. Selamat mencuba mengenakan kawan2 korang. HAHAHA (gelak kejam)

Thursday, April 21, 2011

Kalau Wanita, Anda Patut Baca

Assalamualaikum.


Tadi aku sempat blogwalking sat menambah info. Ter'stop' di satu perhentian jejaka. Ecehh! Bukan aku nak stalk dia siapa pun. Cepat sangat buat assumption mengkeme nih. Aku baca satu post menarik dia. Pasal KEPERAWANAN Wanita. hah! Sentap kan? Mesti hati tu macam meronta-ronta je kan nak tahu. Haa, awok dah cakap dah. Meh dengar awok citer balik yek.


Dahi:
kalau wanita yang dah tiada dara kan, dahi dia akan ada 3line kedut2 pelik. Bukan kedut macam orang tua tu, tapi kedut yang macam pelik sikit. Aku pun tak pasti kedut yang macam mana.


Punggung:
kalau wanita yang dah tiada dara ni, punggung dia jatuh. Punggung jatuh ni macam terkebawah atau senang cerita ala2 londeh sikit la. Tak pejal macam punggung anak yang masih dara. Diorang yang dah tak dara ni, bila berlari ke apa kan, punggung dia banyak goyang2, sebab sel2 punggungnya mengembang akibat ransangan nafsu masa lakukan hubungan seks. Kembang macam mana aku tak tahu pulak. haha


Tumit:
cuba try test picit korang punya tumit kaki yang hujung2 tu. Pastu lepas. Kalau cepat je merah balik, maknanya u oll masih darah. Tapi kalau lambat sebaliknya la kan. Habis kalau yang kurang darah tu?? Ntah, aku xtahu sebab ni dari apa yang aku baca je.


Perut:
perut mereka yang tidak suci ni kebiasaan nya buncit sikit la. Tapi ntah la kan, ada je yang bila nak datang bulan tu buncit juga sebab darah darah perut dah full tank dan tunggu masa nak keluar. Tapi lepas period tu dah kembali kepada normal la. hihi.


Sejauh mana kebenaran fakta2 di atas ni aku tak pasti. Tapi dah banyak kali dengar pasal hint2 ni la. Kalau orang yang ada ilmu agama yang tinggi mereka lagi senang nak tahu tentang mende2 macam ni. So, kepada wanita, jangan sesekali menghampiri tanda2 ini kerana anda juga tidak syak lagi akan menghampiri neraka.




Nak kongsi sedikit info. Mula pikir macam malu nak letak blog ni sebab ada kewujudan lelaki, tapi pikir2 balik ini adalah pengetahuan yang anda patut tahu.


Menurut seorang doktor yang pernah menulis buku The Human Sexuality:
Gambar 1: Annular hymen, selaput melingkari lubang vagina
Gambar 2:Septate hymen, selaput yang ditandai dengan beberapa lubang yang terbuka.
Gambar 3:Cibriform hymen, selaput yang ditandai beberapa lubang terbuka tetapi lebih kecil dan jumlahnya lebih banyak.
Gmabar 4:Pada perempuan yang sangat berpengalaman dalam berhubungan seks. Bisa saja lubang selaputnya membesar, namun  masih menyisakan jaringan selaput dara.




Akhir kata dari cik obes, gua laparrr. Nak p cakap makan sebab esok pagi paper pagi2 buta. hoho

Elak Ngantuk Masa Belajar

Assalamualaikum.


Tahu tak kenapa u oll asyik ngantuk je masa belajar? ada yang cakap sebab setan gemok berduyun2 kacau u oll study, duk bergayut2 kat buku mata u oll. haha. Mungkin betul. Tapi secara logik akal adalah kerana:
1. anda kurang tidur
2. anda lebih tidur
3. anda terlalu letih
4. cara belajar anda membosankan
5. kurang motivasi (macam aku la, tu yang duk google cari solution. haha)
6. banyak lagi, ada akai pikiaq seniri lah. heh!


Macam mana nak atasi??
1. ada orang cakap tarik nafas dalam2 n tahan buat beberapa ketika. supaya oksigen sampai kat kepala lutut hangpa. Eh2! bukan, kepala otak geliga hangpa.
2. minum air putih banyak2. Untuk tambah oksigen dalam badan.
3. tengok daun2 nan hijau lagi sedap mata memandang. Segar2 punya ye.
4. tidur yang cukup2 jangan nak lebih2 sangat la kan. masuk U nak belajar ke nak lawan tidur ngan member?? hihi
5. Buat sedikit senaman ringan. Kalau aku, aku suka buat regangan macam sebelum nak lari pusing padang. bagi bunyi2 tulang belulang semua. Ahhh! lega!
6. Tanam objektif yang jelas
7. Lakukan dengan penuh minat. Fokus!!
8. Ingat mak ayah kat rumah tu. Susah payah mereka membesarkan kita, usaha sampai kita dapat masuk U. huhu. Tacing~~


dah la, nak g study lak la. dah dapat hidayah bila sebut nama mak ayah ni. teringat kat Mak Abah ^^

Turunkan Berat Badan Dengan Air

Selamat Pagi cucu cicit Adam sekalian. Sihat?? oh! tak eh? g la klinik sengal. haha^^


Disebabkan cik Obes malas nak study untuk paper final esok, jadi lebih gemar bergoogle mencari info. Tertarik dengan satu info mengenai cara nak turunkan berat badan dengan air. Banyak lagi cara tapi kat sini cik obes nak tekankan pasal air jela ye kawan2. 


Dear readers, u oll tau kan badan kita ni banyak air? So, kita perlu minum air dengan banyak nya untuk kurangkan air dalam badan kita. Baru la kita macam ringan2 sikit kan. Boleh la nak senyum kalau p timbang berat kan. haha. hmm, pelik eh macam mana air boleh kurang kalau minum air banyak2? laa, camni ye kawan2. Kalau kita minum air banyak, banyak kali gak la kita akan membuang air. Betul tak? ok, air tu elak kita dari dehidrate. Then, bila dah banyak kali ke toilet, banyak mineral yg tak diperlukan akan dibuang. Secara tidak langsung, kita telah pun menjalankan satu lagi senaman ringkas sebab asyik duk ulang alik ke toilet ^^. Jadi, minum lah air putih bergelen2 ye kawan2. hee =)



Khasiat Teh O ^^

Assalamualaikum to all readers.


Hari ni cik Obes nak cerita tentang khasiat Teh O. Oleh kerana sekarang ni cik Obes sedang bertemanan dengan teh O di pagi hari yang indah ini (buat2 macam esok tak de exam pulak). Dah jangan merepek!


Tadi macam tergerak hati la kan nak google tentang khasiat teh ni. Selalu tengok iklan kat TV je, Lipton la, BOH la. Macam2 kan. Okeh, Kalau nak tahu (aku pun baru tahu ^^):
Kebaikan Teh O Suam:
1. dapat membaiki aliran darah (risiko nak kena penyakit jantung KURANG)
2. membaiki daya pemikiran dan mental ( boleh pandai ke?? err..)
3. memberi antibodi dan tingkatkan ketahanan tubuh
4. tambah kandungan Oksigen dalam tubuh
5. elak kerosakan gigi (tapi lepas minum p gosok gigi, kang kuningg je. yek! )
6. AWET MUDA. (hambek kau aku caps lock lagi. miahaha)
7. Bantu sistem penghadaman
8. dapat hilangkan sengal2 pada sambungan tulang ( org sengal pun boleh minum ^^)
9. cepat hilangkan haus
10. errr..menjadi tanda tanya. ah! cari sendiri. Cik Obes mau minum teh O dulu.


Kalau ikut iklan Lipton dalam TV dia cakap boleh kurangkan berat badan. Ngeh3. Sebab teh mampu tingkatkan kadar metabolisma =P
erkkk! kalau ada daun camni aku TAK MINUM la. Macam ada sampah dalam air. hihi ^^

Laici Kang

Baru balik dari Azura pekena Laici Kang satu bersama rakan2 PS. Malam ni ada dengar cerita2 berkaitan agama jugak dari Ustaz Mizi. Thanks a lot for the story and some advise for us =)

Selamat malam Dunia~

Wednesday, April 20, 2011

Aduhh!

Gastrik datang lagi. Sakit gila dow. Gedik lagi tak nak makan malam. Hambek kau. Tak payah cakap banyak. Dah! P baring senyap2 sana. Len kali tak payah makam setaon ye Nisa. haha. LOL
erkk. Gambar kena gastrik ke?? macam tahan berak je. Bhahaha!

Video Call

Okeh! sekarang dah masuk maghrib. Tapi aku nak gak hapdet blog. Aku cuba taip laju2 ye. Tadi buat video call dengan mak n kak teh (Abah tengah buat keje kat luar rumah, angkat batu utk pe ntah). Then, call Along suh on oovoo gak untuk invite in video call sekali (Serentak). Lepas along online kami bervideo call la dari 3 tempat berasingan. Wahh! syok bangat seh. Rindu sama anak2 buah, kakak Hanie dan Adik Areel. Syok2. Tapi line tenet Ukm cam tenuk so, gambar cam xberapa cun la. Okeh! wa nak p mandi & solat dulu yup. Adios amigosss!
nih! sape yang belum install, sila2 la rajin kan tangan utk install ye. Tak rugi. Kalau rindu2 family vidcall je. Jimat xpayah kuar sesen pun. Tapi make sure rumah korang ade tenet la ye =)

kalau nak download boleh klak klik di link bawah ni 

then, u oll klik kat button hijau sebelah atas-kanan tu ye. Macam YM n Skype gak la, tapi yang ni macam lagi best la sebab boleh vidcal 6 org max secara serentak. By the way, its up to ur guys to decide what is the best. Selamat Mencuba!

Indah Nian Maksud Ungkapannya

"apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas..."

Corat Coret Hatiku

ermm..aku ada terbaca satu note kat facebook yang ada berkaitan dengan kewanitaan ni. Tajuk diberi 25 senarai wanita murahan. Dengar tajuk pun macam dah sentap kan? haha. Aku pun baca la untuk tahu isi dalam nya. oh! Rupanya dalam tu adalah isi hati atau lebih tepat pandangan seorang lelaki terhadap wanita2. Ayat yang digunakan memang kasar tanpa kias, atau senang cerita directly gila ah. Kalau baca memang macam "eh! laki ni, melampau la nak cakap macam tu kan???gggrrr! ". Tapi cuba pikir betul2, bagus juga tindakan beliau. Sebab, orang zaman sekarang ni cakap kias2 diorang buat dek je, buat bodoh je, buat bangang je. Padahal tahu. So, kita perlu memandang dari sudut positif, jadi mende tu semua akan jadi panduan yang sangat berguna supaya anda tidak dipandang sebagai wanita yang tiada level maruah. 


Ingin aku topup sikit la pendapat beliau:
Kalau pasal kaler rambut or tak nak pakai tudung tu aku rasa cam semua orang tahu sebab tu sangat basic. kan?
Kalau pasal snap2 gambar tu yang aku teringin sangat nak topup. Dulu aku penah buat entry pasal perempuan yang snap gambar macam itik2 ni. Tak syak lagi, memang hina la di pandangan lelaki, mungkin tak semua tapi aku rasa maybe majoriti. Lelaki ni kan, kalau nak tahu, dorang memang suka LAYAN pempuan2 yang tergedik2, hot sana sini, badget comel, manje2 terlebih ni, tapi hanya sekadar hiburan. Ingat lah wahai gadis2 desa dan kota sekalian. Jangan nak terharu sangat la bila anda di'layan' atau disambut, sebab itu semua dusta dunia belaka. Lelaki nak cari isteri yang mahal yang tiada ciri2 diatas. Mungkin manja menjadi pilihan tapi dari perspektif yang berbeza. 
Pastu, jangan la pakai seksi2, tahu la korang ada body yang lawa, cantik, montok, gebu dan sebagainya. Tapi tunggu la tunjuk kat suami sudah la. Bukan setakat lelaki je tau yang kutuk2, aku pun kutuk. Sumpah! aku ngaku aku kutuk sape yang seksi sebab aku geli dan rasa cam kau tu jijik. Kalau kurus2 tak pe gak. Bukan la aku ni nak galakkkan orang kurus untuk seksi. Takkk.. tapi paham2 la kan. Ish! geli ahhh!


macam2 la lagi beliau tulis pasal perempuan and aku agree dengan pandangan dia even kasar. So, perempuan2, sila lah ye take note pasal teguran lelaki itu. Kalau nak lagi sentap boleh baca kat sini. 
https://www.facebook.com/notes/ibnu-hussein/25-senarai-perempuan-murahan-malaya/149400308461070

Tuesday, April 19, 2011

Mood berlari-lari

malam ni rasa macam tiada mood untuk buat apa2 yang menarik. Badan rasa tak sedap dan mulai panas. Jadi, saya nak pasif sikit malam ni. Maybe gara2 saya sangat ngidam nak makan bubur jagung pasar malam bangi. =( InsyaAllah sabtu nanti akan ku balas dendam kesumat ini. 

Exercise Ringan

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal penyakit baru bila exam menjelma. Disebabkan syaitan gemok suka kacau aku time2 exam ni, jadi aku kena selalu buat exercise ringan, Sit ups. Yeahh! dah banyak hari buat dan sekarang nak gelak pun kena control sebab rasa krem kat perut. Effect dari sit ups. Mudah-mudahan boleh kurus. =P
picture: google

okeh, cukup untuk blogging. jam 3.30 kang exam EM pulak. Wish me luck! =)

Monday, April 18, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, 18 April 2011 jam 8.15 malam, sekali lagi aku mampu khatamkan bacaan Al-Quran. Walaupun aku ni pemalas banyak, bukan sikit2 ye. haha. Syukur sangat sebab tahun ni dapat khatam Quran lagi (setiap tahun- 2 semester) bagi setiap tahun pengajian. Macam matrik gak la. hihi. Orang lain khatam banyak kali setahun, aku je terkedek2 macam kura2 patah kaki. hee. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah..dan Alhamdulillah =)

Sunday, April 17, 2011

errr..tak tau nak cakap ape~

Since aku sekarang berada dalam zone final exam, so, barang2 pun should be start packing la kan. Disebabkan cuti 4 bulan gak la aku kena pandai2 packing barang, asingkan yang mana boleh disimpan di stor dan yang mana perlu dihantar balik. Hantar je ye, sebab tuan nye balik lambat lagi. Nak pergi bengkel dan opkim dulu. hehe  =). Buat masa sekarang ni baru 3/5 la kiranya (lebih kurang la eh) yang dah siap pack. errr, macam banyak gile je kan. aaaa...uuuu...eeee...macam mana nak anta balik ni??

bukan ni je tau..yang ni pun ade lagi..ni buku2 sahaje....

pastu.........
 printer....

err..banyak nye..patut pun abah cakap nak datang amek barang gune 2 bijik kete..waa! abah perli eh? tapi xyah la sampai 2 kete bah, banyak rugi duit minyak la..saye letak dalam stor separuh ye. harap2 yang perlu anta balik t muat la kete saga abah ye. huhu. sorry papa!


Friday, April 15, 2011

Mapley

Tadi keluar makan kat mapley dengan mijot, maina, musyrif, kader dan kawan kader. Kami rapat selepas Festival Seni ritu. Tapi malam ni ramai yang xdapat join. Piqa date ngan bf dia, mizi & mizan lak ada keje masing2. Takpelah, kita gathering lepas exam ye kawan2. Masa bengkel nanti bersama lagi. Seronok ada kawan2 macam dorang sebab ada macam2 ragam. Dorang ada yang matang2, so kitorang yang masih mentah ni, kadang terima nasihat dari dorang. Aku bersyukur sebab ada kawan macam dorang. Kadang2 aku rasa dorang sedikit sebanyak membantu aku untuk menjadi lebih matang. Terima kasih =)


Semalam pulak keluar makan tomyam BBB dengan kosmet, tapi ada gak yang xdapat join dengan alasan masing2. Macam xseronok lak bila ada something yang menjadi gap camni. Takpelah, semoga akan kembali seperti biasa kelak. Yang pasti sekarang kosmet yang menjadi teman akrab aku sekarang mijot dengan maina. Kami faham dan care each other. Sharing problem sama2, kongsi cite sama2. Alahai sweet nye. haha. k lah, mau study lak. Hopefully, malam ni setan gemok tak kacau dah. shuhhhh2!

Pelik!


eee..tetibe jumpe gambar pelik ni..haishh!
ape ni..anjing berbadan manusia ke?? 
takut! takut!

Thursday, April 14, 2011

Puteraku

saya ada putera...
putera saya sangat berguna kepada saya...
awak ada putera, ke puteri?? heee
putera saya ialah lesen P!! 
tapi sedih, cikgu saya buat lesen saya jadi hodoh!!
xpe, cikgu kena ganti balik lesen saya yang baru..
saya nak pakai 2 tahun tau..malu la kalo polis cek gambo ade itam2 nih..
gggrrrr!!





Design Baru =)

jeng3..macam syok lak dapat ubah design kali ni..hehe..errr, sempat lagi ye saya menhapdet belog ni time exam?? waaa! tiba jahhh..

act tensen pbt susah..jawab exam cam tahan kentut.kiki. pape pun smile =)

Sunday, February 27, 2011

Tambah Koleksi Bantal

Terkejut mendengar ketukan pintu bilik. Bila buka rupa2 nya, miera imprezza. Dia baru balik dari Fieldwork kalau tak silap aku. Seminggu tak jumpa dia. hehe. Terkejut dengan kehadirannya secara tiba2 ini. Kemudian dia menghulurkan sebiji bantal yang comel. Hihi. Thakns a lots miera. Sangat comel. Thanks gak coz ingat gak nak beli buah tangan untuk aku. Thanks gak sebab menambah koleksi bantal2 di bilik aku sehingga menjadi 4 biji bantal di bilik single. ewahhh! mewah gila rasa nya. hahahaha.. suka3!
ohh! bawah tu aku nye comforter. Since katil penuh dengan buku2 dan kertas untuk disettled kan, jadi aku memilih untuk tidur di bawah aje. Tak perlu memilih dan cerewet untuk itu. =)

Poster Tekno

Setelah bertungkus lumus selama beberapa jam, akhirnya saya berjaya menghasilkan poster berkaintan fizik bagi kursus Teknologi Pendidikan saya. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya lebih berpuas hati dengan hasil saya sendiri bagi melahirkan poster kedua saya. Dalam keadaan di mana masa sangat mencemburui saya, rasanya poster ini sudah cukup untuk saya bentangkan pada kelas akan datang. Tetapi sekiranya pembentangan ditunda dan saya masih punya waktu untuk mengedit atau melahirkan satu lagi karya, InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik. Memandangkan saya ingin mencari sesuatu yang terbaik, maka saya perlu ada usaha untuk diri saya sendiri. Mempelajari Adobe Photoshope CS3 merupakan suatu pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih kepada kawan2 yang telah memmberi tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi ini yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Hasil karya:

Saturday, February 26, 2011

Sape Lagi Nak Curik Berat Badan Aku?

kebizian yang melampau sejak akhir2 ni telah mencuri beberapa kilo berat badan aku. haishh! mana pergi nya berat2 yang aku dah kumpul masa cuti sem dulu?? ada chance kembali kepada status 'tak cukup berat badan'. Aku menuntut untuk menjadi normal. 


baru je dapat satu lagi jawatan baru. perghhh! ni yang buat aku tension nih!
kerja2 yang belum settle sebagai:


1. Pengurusi Jawatankuasa Publisiti Festival Seni 2011 (31 Mac-2April)


  • Poster FS
  • Flies FS
  • Digital Board
  • Electronic Board PUSANIKA
  • Surat2 Media


2. AJK Persembahan Pesta Pantun UKM (11-14 Mac)


  • Tema Persembahan
  • Tajuk Lagu, Jenis Tarian
  • Layout Persembahan
  • Skrip Persembahan
  • Arrangement Stage


3. Timbalan Eksekutif Jamuan Karnival Kolej (KUO) (19-20 Mac)


  • Menu
  • Bilangan Penglibatan
  • Jadual Pemakanan
  • Alahan
  • Tempat


Tak pernah aku terpikir aku akan buat kerja2 macam ni. Walaupun sangat penat tetapi sangat banyak pengalaman yang aku dapat.






Mahasiswa, Hidup! Hidup! hehe

Sedang Menjauhi

Kadang-kadang senyap jauh lebih baik dari berkata-kata. Aku pun tak de perasaan nak huraikan mengapa begitu dan mengapa begini. Selagi aku boleh menjaga hati aku, selagi itu akan ku jaga segalanya. Bukan salah kamu tapi salah hati ini. Haha. Apa aku merepek ni? ntah laa. Hanya aku yang paham gelora hati. Betul kata kak teh, besabar lah dan jangan mudah terjatuh. Sebab kalau jatuh sakit lah. Hihi. You make me smile sis. Thanks for being my telinga setia. Aku dalam dilema~

Friday, February 25, 2011

hoi! hoi! hoi!

hahaha..gile dah..Sumpah banyak gila keje. Bagaikan tiada hujung minggu untuk aku sebagai mahasiswa. hmmm. Sangat penat ok! Tapi aku juga punya perasaan. Aku Jeles! Aku jeles! hahaha. Rindunyerrrrr =(

Thursday, February 24, 2011

tetibe segan. blushing! haha

tadi ada sorang kawan aku dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah chat ngan aku kat FB. Dia budak felda aku gak. Tapi masa sekolah rendah xrapat pon ngan dia. Masuk sekolah menengah baru rapat coz kami sekelas. Sekarang dia dah keje as MA kat mana aku tak sure. Malas nak amek tahu. Dulu dia matrik gak, PDT cam aku tapi belajo satu sem pastu dia benti and amek SPA. Then sekarang dia dah keje bahagia tu laa. Dia saje tegur aku kat chat, aku pon layan jela. Pastu aku pon ambil peluang tanya dia pasal tugasan aku yang berkaitan pengguguran haram tu. Dia pon cerita la serba sedikit. Pastu tetibe dia cakap dia selalu sambut kelahiran. Aku pon cakap, huh?? kalau macam tu tak nak la aku bersalin kat ko. Malu lah aku. Hahaha. Dia laki ok, kalo pmpuan tak pe lagi. huhu. Pastu dia tanya nape nak malu lak, aku nak selamatkan anak ko je. Hahaha! tak kira lah. Aku harap nanti aku bersalin tu, oarang yang aku tak kenal yang sambut anak aku. supaya tak malu. huhu