Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Monday, January 31, 2011

DUA JIWA SATU HATI - LEGACY

Cinta Itu Ketawa dan Airmata

Express! hee~

baru sampai umah semalam, petang. Kalo ikutkan balik abah n k.teh amek tapi disebabkan banjir kat Juasih, aku terpaksa balik nek bus. Abah pon terpaksa berpatah balik. Aku sampai Temerloh dekat kul3. Pastu g soping2 sama my sis k.teh n k.de. Balik umah berkaraoke dlm kete. Puas hati gile rase. haha. Sume kaki hafal lagu kan. Soping tu sempat rembat kain pasang se kaler biru. Sama cam baju k.de. Baju kembar. hehe. Malam tadi potong kain n terus cantum. Tinggal nak anta upah jahit tepi sebab kat umah xde mesin jahit tepi. Pastu tinggal sembat n pasang getah kain. Cayalah, 1 hari je siap se baju. hihi. Suke3~
Proses memotong & mengukur

setelah selesai cantum baju

Baju

kain

padding (alas bahu)

*tamat*



Sunday, January 30, 2011

Konsert Diraja UKM

jeng3! sempat lagi kan nak blogging. Padahal nak kemas barang nak balik esok. Xpe, sanggup berkorban sat. hihihi. Tapi best gak la even terpaksa join konsert tu. Aku ngan 2 3 orang membe aku kena jadi urusetia event ni. hihi. Artis jemptan Francisca peter n roy. Roy aku xkenal sebab aku g makan mase die perform. masa francisca peter aku siap nyanyi sama kat belakang. Wallah! enjoy beb. hihi. Masa duk kutip2 pas masuk tu ade la sorang pegawau ni Katanya dia pegawai kat canselori bahagian bendahari. Sempoi je orang nye. Cakap ala2 kedah tapi aku xtau die orang mane. Ade aku kesah ke?? haha. pastu die cakap, awak ni macam student 2nd year je. Aku pon cakap aah la, mne tahu? haha. Die cakap tengok muka pon tahu. Pastu die cakap lagi, Awak ni orang Pahang eh? muka macam orang Pahang je. Aku gelak je pastu aku cakap ye. Pastu die teka lagi. Macam2 la tapi 90% betul sume. Agak takut oke aku dgn orang yg macam ni. Teka nma aku pon hampir2 betol. Pastu die suh bagi pilihan jawapan tuk teka nama aku. Pastu betol la pilihan jawapan die. Pastu jumpe je dlam dectar duk panggil2 nama aku. Tye sekolah mne la. hahaha. takot kot pegawai ni psyco lebih. Masa duk tggu tetamu tu ade Abg zul gak. Ni pegawai PUSKEB yang paling aku suke la. sebab die sangat sempoi, peramah dan comel. haha. Suke keje ngan die. Xstress langsung ok. Gud job Abg Zul!! haha. bvorak2 la kitorang ngan abg zul n en firdaus(Pegawai canselori), amek2 gamba la. haha. best2. pastu g bg borang kepuasan pelanggan la, majo bg respon ckp event ni bagus. huhu. pastu g makan. time makan ni ade sorang pakcik ni, xtahu la die polis or pak guard. tapi dorang makan sama meja ngn kitorang. lawak gile pakcik ni. kitorang duk keje gelak je ngah makan tu. ntah mende2 la die merepek. haha. sampai dlm dectar pon die nak sambung. haha. lek lu pakcik, sambung kat umah k, kitorang penat nak ketawa je. haha. dah hbis event tu, kitorang pon nak blk r ni. nasib baik ade dak2 publisiti, dak2 uo gak tggu. aku takut nak balik sorang gelap2 tu. huhu. Lepas bagi pas masuk yg kitorang collect tu kat herman, kitorang pon balik la. selesai sudah keje. yehaaa! jom packing barang lak. Xsabar nak tggu kak teh datang amek. hee. Baru pasan sebenarnye aku dh lame xblk ngn bus. kahkahkah!
me & Abg Zul

me & khaty


Francisca Peter ngah nyanyi bersama iringan muzik di bawah bimbingan En Adzan.







Saturday, January 29, 2011

Rahsia Bulan kelahiranku~

Keras hati & degil.



Kuat semangat & bermotivasi tinggi.


Pemikiran yang tajam.

Mudah marah apabila tidak dikawal.

Pandai menarik hati & perhatian orang lain .

Perasaan yang amat mendalam.

Cantik dari segi mental & fizikal.

Tidak perlu dimotivasikan.

Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Mudah dipujuk.

Bersikap sistematik (otak kiri).

Suka berangan.

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

Daya khayalan yang tinggi.

Permikiran yang tajam.

Pandai berdebat.

Fizikal yang baik.

Kelemahan sistem pernafasan.

Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

Tidak berapa suka duduk di rumah.

Tidak boleh duduk diam.

Tidak punya ramai anak.

Rajin dan bersemangat tinggi.

Agak boros




P/S: yeayyy! betul2..tahniah pandai meneka. kaakahkah!

oh! tidakkkk~

Sakit nye kepala sebab selsema ni. demam dah 3 hari. Duk bersin2 je. xselesa betul rasenye. Kering tekak nye lagi. bile batuk rase nak termuntah sebab tekak kering. Suare kompem dah rock gile macam Ramli sirap dah. haha.Dugaan sungguh la. minggu ni bz sangat la. badan aku xmampu n penat sgt. mungkin! makan ubat pon cam xefek. Jarang kena demam yg pakej sekali ngn selsema ceni. Tapi kalo sekali kena tenat skit nak baik balik. Nak balik umah xtau ngan ape lagi ni. kak teh kate nak amek tapi xsure. Kalo xjadi lagi bertambah la demam aku. jauh kot nak p tempat bus. Jangan pengsan tengah jalan sudah. dah la balik sorang. wuwuwuw. nak balikkkk~ pastu xmo balik sni dah sebab xnak exam! hohooooooOOooOooo~

Friday, January 28, 2011

Memang Camtu eh??

Aku kadang2 xpaham tau ngan manusia ni. Nmpak berlagak semacam. padahal baru pegang satu jawatan dah gelabah lebih. mabuk pe. orang lain dah jenuh pegang sampai dah xnak pegang xeran pon cam ko. Cakap bukan main lagi jangan dtg lambat la pe. kejadah nye, ko pon lambat. yelaa, ko org ATAS kan. Tak suke tol org yg hanya pandai cakap xserupa bikin. 1more xsuke yg xmenepati masa. Pantang mak nenek aku. ciss! haha. nmpak annoying ok. tlg lah faham. pastu merungut bz. dah tu TAMAK lak kan sampai luar bidang tugas ko pon ko nak rembat. Xperlu nak overshadow la weh. Bila bercakap nak gempak je. Muak lak aku. Settle keje ko suda. xde la bz. Oo, xde pengalaman lagi kot, tu yg nak sapu perabih macam org gila kuase lak aku tengok. haha. kadang2 aku kesian tengok org cmni tau. lantak ko la minah. pendapat org xnak dengar. org ATAS la katekan. hahaha. yang susah ko gak nanti. Aku nak tengok je takat mne kehebatan ko. bukan kate aku hebat. mungkin xsehebat ko. kalo ko nak tahu dlm organisasi kena dengar suara org lain even ko org atas. sebab xsemestinya ko betul semua. dah cukup sempurnakah anda?? tapi rasenye, ikut pengalaman aku la, even xbyk mane pon aku involve ngn organisasi ni, tapi rasanya lebih cket la pengalaman aku dr ko, susah cket la ko nak close ngn anak buah n buat org rasa annoying nak keje ngn ko. oh plezz, terasa keannoyingan yg teramat sangat. haha. blah laa. hoii org kampung, kasi la minah ni jawatan beb. Kasi tambah gelabah gile talak keje..hahahahaha!

p/s: selamat berorganisasi la ye..anda patot g kursus organisasi dulu baru tahu kot. semoga aku mampu menjadi profesional masa keje. tapi maap la, belakang memang aku xmasuk ngn cara kepinpinan ko. maseh. sekian. jujur dari hati. =)

Thursday, January 27, 2011

Maraton Membawa Faedah

hoho..currently blogging at Faculty of education UKM Bangi in Technology in Education class. Hari yang tunggang langgang. Pagi2 dah kalut nak sipakan assignment PBT. Macam haram, susah woo nak cari jawapan.Penin otak aku. Dah la xsehat. Ngan sakit tekak, sakit kepala nye...waduh2~ sangat berdugaan ye anak2..baru sat2 berlari2 bekejaran mengejar bus utk ke fac..haha..malam ni meeting kok-k lak..perjumpaan je sebenarnye..briye lak tulis meeting kan..hahaha..habis perjumpaan mlm kang rase lega sikit..dah leh rehat sikit..tapi xboleh enjoy coz naik cuti EXAMMMMMMM!!! hoho!! sangat cuak..terasa belajo xmasuk pape pon..cane nak exam ni..haishhh! xpe, time cuti study leklok ye nisa. chaiyok!!

zassss!!

Friday, January 21, 2011

Gua Mo Offline

Haha..sempat lagi gua blogging sat..Gua nak p kem kat Hulu Langat petang nih..kul 3.30 gerak..Macam mana gua boleh nak pegi tiba2?? tadi balik kelas gua lalu itu tangga kafe kan, itu ketua felo kolej gua aka Abg Din lambai2 gua sambil senyum2..gua pelik ah..gua pandang belakang gua, mana tau dia panggil org lain kan..pastu dia sebut nama gua..gua tanya la nape abg din? pastu dia ajak gua p satu kem ni kat Hulu Langat, under KPT. Gua cakap gua nak p lesen sabtu. Abg din cakap xpe abg din bayarkan kalo ko kena denda. haha..bersungguh ni. Abg Din suh gua g sebab nak letak gua jadi PC tahun depan. N kem ni kasi peluang tuk gua pilih bilik sem depan. Haha, kalo PC mmg kompem leh pilih gak. Gua pon hello2 cikgu lesen gua, pas roger2 sama cikgu gua pon decided nak join kem tu. gua pon gtau r abg din. haha. Pastu abg din cakap kat gua ngan sorang lagi membe gua, balik kem jumpa dia nanti die banje.. gila ah! semangat tol ketua felo gua. haha. Terbaik lah abg din. Gua baru siap packing barang2 gua. Gua bawak homework gua gak. Mana tau rajin2 gua buat la. haha. Harap2 gua ada masa nak buat. jadi gua akan offline till sunday. Xdapat ah gua blogging dalam masa ni. Gua dah lama xp kem, tu yg excited nak p. haha. Tapi kan, gua xmakan nasi dah 2 hari, agak2 gua mati tak kalo p kem?? ohooo, agak2 kalo mati time kem boleh jadi mati syahid tak?? hahaha, bodo lah soalan gua. Tapi kali ni gua p tanpa kembar gua mira n seri..depa ada hal masing2..xpa, gua ada geng matrik gua p sekali ptg ni. Belasah ja, janji rock. dah2 r merepek gua2 kat sni..sat g jadi gua kelam lak..dah2, gua mau cekidaut barang gua sekali lagi. takut sat g p kem bogel sebab xcukup baju..hahahaha!! LOL!

Thursday, January 20, 2011

Late To School

A boys walk into classroom.

Teacher: Why are you late?
Boy: I saw a sign on the way to school.
Teacher: What did the sign say?
Boy: School ahead, slow down.

hahahaha~

I Know 3facts About You

  1. You can't say 'M' without your lips touching.
  2. You're trying it now looking like an idiot.
  3. Now, you're smilling =)

Mereng!!

Penat la otak aku pikir pasal lab report nih..
pe ke susah sangat eh??? adoiiii~ 
banyak giler keje tuk minggu terdekat nih..
badan pon dah x larat nak folow sume..
dah start nak demam sebab xcukup rehat...
tutorial yg susah! aaaaaaaaaaaa!!!!
semua nak kena submit dalam masa terdekat ni...
sempat ke tak ni??
pehhh! dugaan besar beb! Mari memulun keje2..
pastu tidoq sampai cacat!
hohohohoooooOOOOOOoooo~

Wednesday, January 19, 2011

Nak Yang Camni Boleh Tak??

Duk tengah gelak2 tengok video AG Hot FM ngan FBI nyanyi lagu Lautku Cukup Masin. Hahahaha. Lawak tol la dorang ni. Sentiasa menghiburkan pendengar juga peminat. Sempoi je. Aku suke laki camni. Hahaha. Nak boypren cam AG ni boleh tak? Bukan nak Ag sebab dia laki orang. FBI xnak sebab dia botak. AG smart sikit dressing and rambut die. Wahhh! aku sangat teruja oke dengan lelaki yang berambut smart. 1st mende yang aku akan tengok pada seorang lelaki adalah style rambut. Kalo rambut yang xsikat pastu xpakai minyak, kusam semacam je, Nak usha pon xlalu. haha. Pastu, dressing dia cane. Aku tak suke laki yang pakai seluar 'carrot' atau "cerut' bawah. Adoiii! cukup tak berkenan. Pakai jela straight cut. Nak je tetak kaki laki yg pkai Carrot or Cerut tu. haha. Pastu tengok perangai die cane. Aku suke yg xskema tapi xjahat atau spesifiknye tak kasar sgt la. Yang gila-gila macam aku gak, yang paham aku, Xnak romantik sgt, bese2 n sempoi2 je. haha. banyak lah songeh nye! macam dapat je. Tapi ade ke eh laki ceni..hmm, musykil2~ Redha jela eh dapat yg cane. Sedang menunggu lelaki idaman. cewahhh! geli gile ayat!! euww! jijikkkssss~ haha~

Cis! Aku Kena Bahan!

Tibe2 pagi tadi rasa cam nak pkai blaus ngan skirt labuh. So, aku pon iron & pakai la pagi tadi. Actually, dah salu pakai cmtu tapi kat rumah la. Kat UKM ni xpenah lak aku pakai. Yang salu aku pakai baju kurung, tshirt & jeans. Macam tu je. Aku rasa biasa sebab aku dah salu pakai kat umah kan, tapi kosmet aku lak pelik2. haha. Sorang tanya, "apsal ko nampak sopan lak hari ni?", sorang cakap "eh! ko pakai skirt? mesti ko jalan terkepit kepit kan?". Haishh! kuangjaq noh..haha..Gasak korang la nak cakap pe, yg penting aku selesa. 
ni contoh kain yg aku pakai tadi. kain ni dikenali sebagai kain duyung. Xde susun tepi mahupon belakang. Just shapping longgar cmtu je. Skirt labuh byk jenis, so boleh la pilih nak pakai yg mne2 anda rasa berkenan. hee~


Pkai kain lagi senang berjalan tahu x..hehe. Tapi depends on keadaan gak la. Aku kat umah memang 80% la dikatakan banyak pkai kain. Kalo setakat duduk2 umah pakai kain batik or skirt labuh ngan tshirt. Rutin la kiranya sebab abah aku xsuke anak2 pmpuan die pakai seluar dlm rumah. Kalo nak kuar xpe. Kalo adik laki aku lak ayat die lagi best la "Kalo dah kampung tu, kampung la juge..lahir bawah pokok kelapa sawit!" hahaha. Terbaik lah bechikk..Tak terasa pon sebab memang betul pon. Haha..

Pagi tadi b4 kelas KMK kitorang makan kat FPI tau. Aku kuar makan lambat sikit coz ade keje nak buat. Time aku nak amek nasi tu, ade sorang perempuan ni, pensyarah situ kot, muka & gaya die macam mak sesorang. Huhu. Tibe2 jadi sedih lak kan tingat yg mak sesorang tu penah dtg sni dulu. Soyesly aku terkejut, & aku tengok banyak kali tadi. Lame gak la aku nak amek lauk nye sebab duk tengok orang. Hahaha. 

Eh! penat la nak blogging pnjg2 ptg ni. Baru habis lab kan. hoho. Tadi pon sempat tido jap je. Nak tdo sekarang dah lepas asar xbaik lak kan. Tapi nak rehat2 jap la. hehe. Sambil ber'fb'. yokkkk! daa~

Tuesday, January 18, 2011

Maafkan Aku

Cewaahhh...Tajuk post nak jiwang je..haha..xde! xde! bukan nak berjiwang oke. Tapi nak mintak maap je..Firstly mintak maaf la ye Dr Ummul coz soklan yg Dr bagi time kuliah tadi actually agak susah n complicated. Sebab yg pertama, sbb xpenah belaja kat matrik mahupon sekolah menengah dulu. Baru belajar kat sini, so take time sikit la nak paham kan..Panjang lak jalan kira nye. Haduii..Tapi tadi saye pulun gak jawab.. Tapi sebab Dr suruh anta B4 6.15 saya dan kosmet (semua dak math sekali kot) terpaksa buat kopi ais kat kertas2 sebelum hantar. Tapi kitorang buat jugak la yang mana boleh. Copy pon xbyk coz xcukup masa dah. Kalo Dr bagi masa lebih sikit kitorang pasti cube sampai dapat semua. Maap dr!


To Mak Abah pon kami mintak maaf ye. Bukan sengaja tak nak buat sendiri atau senang cakap meniru. Minggu ni byk sangat la keje. Mengah rasa nak siapkan satu2..Plan list keje pon xsampai separuh lagi yg dah settle. Cane nak study kalo yang nak kena anta lagi penting kan. Huhu. Pasni kami cube lagi k. Jangan marah2 tau. Hihi. Kami janji kami buat lebih baik. 


P/S: nak tercabut rasa tangan buat kopi ais bersama kosmet. Macam lipas kudung daaa..hahaha..

Monday, January 17, 2011

Penat wehhh!

Actually aku baru balik dari kelas ko-k pengurusan seni at dectar. Macam bese la kan. Oke, tugasan dikira telah bermula dari saat ni after pelantikan tadi. Syukur sangat2 coz aku dapat jawatan yang aku rasa tak membebankan aku. Pengerusi jawatankuasa kecil publisiti. Aku rasa aku boleh buat kot. Hee. Yang best nye, tuk dak2 lama i mean 2nd level la, aku sorang je yg dapat tugas ringan compare ngan yg lain. Akhirnya, doa aku termakbul. Amin. bukan aku doa korang kena dapat keje berat tau tapi mungkin rezeki aku. cewahhh! Aku tak nak serabut pasal tu je & mengganggu pelajaran. Sem ni agak berat even unit lebih kurang je tapi subjek sem ni tough sgt. Quiz or tuto kena bagi perhatian lebih folow trend lecturer. Oh! no! Aku dah tak sanggup nak berulang kerap2 ke dectar dan jumpe lak mereka2 yang kurang disenangi. haha. Tak pe, aku cube jadi professional time keje. So, korang tak nampak sape yang bermasalah itu. Haha. Neway! I got a new Assignment for my college carnival. lalala~ again & again. Tapi xpe, aku cube bagi komitmen yg terbaik. Basya!! Sebab karisma pon nak wat AGM dah and kitorang akan letak jawatan pulak. (dah start skip meeting & aktiviti Karisma) hahahaha. Banyak lagi keje aku nak buat dari folow n terus folow. Kalo aku rajin baru aku folow. Study first and i wanna make sure my pointer terus meningkat setiap sem. Amin~

Sunday, January 16, 2011

Sumpah! Aku Rasa Pilu & Nak Marah Gile!

oke, mood aku serta merta berubah bila buat research pasal kes pengguran janin ni. Mula2 just cari information about it without any picture. Okey lagi setakat baca & fahamkan. Bila search gambar..mak aih! pegang kepala n menongkat kepala aku. Tak sanggup nak tengok lama2.. step by step lak tu gamba tu tunjuk. Putus kepala! Kesiannyeeee! bodoh2 nye pmpuan2 yang buat semua ni. Pkir la panjang sikit. Ape ke bangang sangat korang ni. Pandai buat pandai2 la jaga. Budak tu tak bersalah langsung. Apsal nak bunuh lak. Dah la buat dosa berzina, Pastu tambah dosa membunuh lak. Memang aku emo! Longlai aku rasa tengok gamba2 tu sume. Bodoh! bodoh! dan Bodohhhhhhhhh! Ya Allah, kau berilah petunjuk ke jalan yang benar kepada semua hamba2 mu. Semoga semua antara kami mendapat kesedaran dan segera bertaubat. Amin~


Meremang bulu roma aku. Plus2 dengar lagu Harapan Tanpa Suara~
We never know about how people thinking about. It is hard for you to imagine their thingking?? yaa, me also. Although we have a person that always share everything with us, we still can't believe that every word from his/her mouth is exactly true or not right? Don't ever think you're good enough to know everything dear. Please and please look forward! Hmm, I really need my dad coz he can give me a good advise about how to think, how to come out with our problem n so on. You are a good father. I really need your help and I hope that you'll be here for me. And also same with you mom. Damn! I'm crying while blogging. Shittt! haha. Sorry if this post look such a suck post to you. But i'm realy wanna let this and be more comfortable. Pathetic! Hopefully everything gonna be fine. I've always been the kind of girl that hid my face..So afraid to tell the world, what I've got to say, but I have this dream right inside of me, to let you know........

Bengkel Grooming

Tadi pagi sebenarnye aku lupe yang pagi ni aku ngn kosmet ade bengkel grooming kat KKM. Nasib baik pagi2 mijot mesej aku tye nak g ngan ape. Huhu. Kalo x rugi je. Tapi tu la, kitorang pon xtau nak g ngan ape coz nak pinjam moto tok, tok nak guna lak. Mijot suh aku pinjam kat mira moto die. Tapi sebab mira dah gtaw aku yang dia kena ikut lecturer dia g mne ntah. Tapi nye kira ada hal la. So, aku xpinjam la. If mira xde hal pon aku xpinjam kot. Segan! hoho. Memang la mira kawan aku tapi kena la gak ade rsa malu nak pinjam selalu. Kena pikir gak, yang aku ni belum dapat lesen, even dlm ni je tapi kena la consider orang lain. Jangan la pikir kite je nak senang. Boleh memang boleh tapi pikir sama ape dalam pikiran orang lain. Senang kata PIKIR ORANG LAIN sama. Jangan pikir diri sendiri je. Pikir la jauh sikit. Kalo aku, aku pikir n aku rasa malu, tapi kalo korang tak rasa ape yang aku rasa, go on jela. Aku xkesah. Cume aku xnak hidup dlm keadaan serba salah. Hopefully korang paham n jangan desak aku buat mende yang aku xnak. Oke! harap maklum. 


Oke, tutup cite pasal pinjam meminjam. Skang ni aku nak cite pasal bengkel tu, actually grooming ni pasal makap2 tu. Jenama Clinique. Aku join jela kan. Mana tau satu hari nanti dapat hidayah nak mekap lak kan. haha. Hmm, banyak gak la information yang dapat. Org yang ajar tu pon sgt best sebab die kelakar. And yang paling aku suke sebab die punye pronounce English sgt best n mudah difahami. Aku kagum. Hee. Lepas tamat bengkel kitrang dapat doggy beg sorang satu. Kat dalam tu ade la barang die:
maskara
turnaround concentrate. Ntah mendape. xtau!
baucer mekap RM100. wow!! 
Semua yg kami dapat!

Terima kasih Clinique!



Saturday, January 15, 2011

Aku, Kamu Dan Dia

Bukan kisah cinta tiga segi atau mana2 yang berkaitan cinta antara Adam & Hawa. Tapi cinta atas nama sahabat yang sentiasa berkongsi cerita, gembira bersama-sama, menangis bersama-sama, gelak kuat dimana-mana & segalanya bersama. Aku, Mira & Seri. Perkenalan yang bermula sejak tahun pertama kami di UKM telah berlanjutan sehingga dini hari dan aku sangat menyayangi jalinan persahabatan yang termetrai ini. Walau kadang-kadang ada yang menyentuh hati, terasa hati, atau terguris hati tapi semuanya masih dapat di atasi. Bukan senang untuk bersama, juga bukan senang untuk berpisah. Semuanya bergantung pada diri individu. Semoga persahabatan ini akan kekal ke akhir hayat. Walau ape pon yang terjadi we still be fren till the end yaa. Even korang akan grad dulu, jgn lupa aku kat sni..Love both of you. 


Ingat lagu Hujan Kelmarin_Taxi Band~

P/s: juga kepada kosmet2 ku yg lain~

Sengal! Edisi : Game Iklan TV!

Ada tak antara pembaca2 sekalian yang gila tengok TV sampai hafal iklan2 yang disiarkan?? Kalo ade maknenye kita satu geng r weh..hahaha..sorang lagi kawan aku, miera imprezza nama FB dia, pon gila tengok tV gak. ampa habaq ja iklan apa, sat g kompem dia jawab tepat! Aku rasa minah ni kena p antaq hidup dalam TV la. Pasai dia suka sgt ngan iklan tv tuh. Haha. Kau buleh r kan, aku nak ja sumbat ang masuk dlm Tv tu kenit! sumbat kasi padat! eh, xbuleh2! sat g Yob katok pala aku lagi. bengong sebulan sat g kot..haishhh!! hahaha. yg xbuleh blahh banyak lak tu iklan yang duk main teka2 nih. Aku main tipu gak, aku tepon kak aku tya pasai iklan. Kak aku pon terkejut la, pasai tepon duk tya pasai iklan milo. Nasib baik kak aku tau, kalu tak rugi dua kupang! hahaha! Kak aku tya pasai pa tya iklan, aku habaq p tgk Fb aku la nati. Aku sebok ni. haha. Kalu nak banding aku ngn beradik2 aku, kompem aku kalah la. Adik aku yg pmpuan dua orang lagi tu, segala jenis iklan depa save dlm paleotak depa. xkira la iklan malay ka, english ka suma depa hafal. Pastu dengaq p kat mak aku, dia kata "kalau hafal2 Quran pon ada faedahnya" haha. Padan muka hangpa, tu la duk galak lagi men hafal2..haha..xpa2, cuti nanti hangpa latih aku hapai iklan sama noh. sebab naik cuti tu aku nak p bertanding ngn si kenit ni semula. hahaha.


P/s: si kenit, sampai ketemu lagi di gelanggang iklan!!

ngee~

Teman si kenit g oter seluar oke tadi. Si kenit beli banyak kot barang. Ayokkk..report Yob! hahaha..tggu sat si kenit g usha duit JPA die.


mintak maap sgt2..Serius xpernah rasa sepuas hati cam tadi. Haha. Tak kira nak jugak. Sebab selesa, tahan lama, n Menarik. Hahahahahahahaha. Akhirnya!!!
hahahahahaah..PUAS HATI GILA rasa dpt selipar ni!!!

Let's Try Something New!!



Adeh! sakit tengkuk2 aku meng'explore' mende alah ni..Aku xtau kalo mende alah ni dah lame bagi korang tapi mende baru bagi aku and coursemate aku. WORDPRESS!! sama jugak macam blogspot tapi yang ni lebih senang kata tuk formal or skema la. Tujuan meng'sign up' mende alah ini sebab ianya digunakan dalam subjek Teknologi Pendidikan kitrang. So far, aku kena gak Explore sebab kat sni je kitorang ade 60%. banyak tuh. nak xnak kena gak menceburkan diri. kepada kawan2 yang lain yang langsung xpenah menceburi bidang blogging, hopefully korang bersabar nak edit semua2 tu. Learn from now supaya korang tak culture shock dlm lab ti..Agak boleh men'tension' kan jgak. sebab kita xbiasa but, once you get your design, you will smile! believe me. So that, i wanna say GOOD LUCK to all! I'm here for helping. Just leave your comment here or just shout in my box! Daa~


My page still under construction. Wanna visit?? just click http://nisanapi.wordpress.com/

Friday, January 14, 2011

Kesihatan! Edisi: Mek Tembun!

Seronok weh kalo semua kelas yang ada macam kelas EM tadi. Masuk kelas xsampai 5minit dah balik semula. Tak sempat nak panas bontot pon duk atas kusi tu. haha. Tak cakap awai2 kelas tu tuk dak yang bercanggah je. Haishhh~ aku ni dah la skema batu tak nak ponteng kelas. Sampai kelas orang pon aku nak g. Hoho. *terpakse! Dah tu balik sempat buat mesyuarat tingkap sat ngan kosmet pepuan kat bustand UO pan FST tu. Duduk2 sambil borak2 jap. Pastu gerak g kafe, dahage air. hee~ sampai kafe je:


Aku: Bang, teh ais satu!
Abg kafe tu pandang aku semacam je. Ngan muke2 pelik die pandang aku. Pehal lak kan.
Aku: nape?? ape yang pelik nye sampai pandang cmtu sekali??
Abg Kafe: Sejak bila pakai spek?
Aku: laaa..dah lame lah pakai. salu pakai time kelas je. Malas nak pakai.
Abg tu pon wat la air aku kan. Tapi still pandang pelik lagi. Jadahnye abg ni. Pang kang!
Abg kafe: Awak makan ape?
Aku: makan? tak makan pape la. nape??
Abg Kafe: nampak makin tembam la. (sambil duk buat gaya pipi tembam)
Aku: hahahahahaha! biasa la. baru naik cuti sem. duk umah mesti la makan byk.
aku terus amik air & blah ke kaunter bayar air. Malas aku duk stu lame2. Sebok je perhati orang. hahaha. Padahal sebab dah salu nmpak mmg la pasan kan. hoho


moral of the story: Seronok bila dah ramai cakap aku tembam. hahaha. harap menten la ye. hopefully ke'bz'an aku xwat aku kurus balik. Mak abah pon xyah risau lagi. Weee!!!

Sengal! Edisi : Selipar putus

Hahaha..memang sungguh memalukan bila selipar putus sebelum masuk kuliah..Hari ni ade dua kelas je, MQ kat FST and Tekno kat Fpend..lepas Quiz MQ tadi kitrang pon gerak ke Fpend dgn kete maina. Hari ni maina bawak kete n park at UO. pagi2 dah sampai coz die tumpang mandi kat blok aku. kolej die xde air. Aku pelik lah UKM ni makin lama makin menjadi2 masalah air. nasib baik aku duk flatlet, xde lagi masalah air setakat ni. kesian lak aku kat dak2 hostel ni. Tapi aku pon kesian coz dorang dtg mandi kat blok aku ramai2 pastu toilet jadi kotor. Pedehal der pengotor sangat korang neh (chinese & Indian tau..)ee, yek2! Malay ok je..hish! aku lesing kang..beragak la tumpang toilet org weh! haha. eh! eh! nak dijadikan cte selipar putus ni kan, sesampai nye kami di Fpend kitrg pon berjalan menuju dewan budiman. baru jln cket pas panjat bukit aku rase selipar aku makin longgar. pelik gak, kaki mengecut ke. Tak sempat habis aku nye ayat "kenape selipar aku macammmmm...." hah!! dah putus pon. caitttt! bergelak lah kami beramai2 kat stu..naseb baik kosmet pepuan je kat stu. Alaa kalau kosmet laki pon aku xheran. dah bese ngan dorang. hee. pastu kebetulan maina pulangkan selipar jepun khaty yg die pinjam time kasut die lekang dlm 2hari lepas kot. macam tu la. Berturut2 kitrg pinjam kasut khaty dlm keadaan emergency kat kelas. hmm, maknenye khaty kena bawak selipar extra setiap kali g kelas. hoho.. dah tuka selipar aku pon masuk kuliah pastu terus balik bilik. Ni baru balik dari bintang g beli selipar lain. xjumpe lak selipar yg elok cket, beli jela yg ni. janji boleh pakai. sempoi pon sempoi. hee~

P/s: thanks to miera kenit coz kasi pinjam broom2, thanks to seri kering coz bawaku merempit ke bintang. wee! maseh2! muahh2!

Thursday, January 13, 2011

Sengal! Edisi : Mak Abah Kelakar!

Aku call abah aku tadi. Saje2 kan..hehe..nak cite pasal derma darah tadi sebenarnye. hee


Aku : Hello, watpe bah?
Abah : Hello, baru siap makan. Ade ape?
Aku : xde pe. saje je. hehe
Abah : kalo xde pape bazir kedit je la ni. haha. 
Aku : haha. Sabo la.. baru nak cte ni.. Abah ni..
Abah : hah! cte ape pulak?
Aku : hee..tadi kami g derma darah tapi xlepas lagi. rtu sebab xcukup berat. kali ni sebab tekanan darah rendah.
Abah : oo, ko takut sgt kot tadi..ko darah ape?
Aku : darah O..
Abah : Aik! nape ko pelik sangat ni? Abah A mak B Long AB. patut ko dlm A B jugak la. Haishh! ko bukan anak Abah la ni..hahaha
Aku : haha..jahat la abah ni..mne kami tau..org tu cek ntah cane ntah..die telek2 kertas tu pastu die letak O je..
Abah : hahahaha.. Abah tau, ko ni anak org asli la kot.. O untuk orang asli..hahaha..or lain sume A B je..ko je pelik..hahaha
Aku : Mane ade! Org tu kot salah cek..bukan salah kami..haha
Abah : yeke ko ni..haha..ko je yg lain ni mcm mne..org lain cerah cket..ko gelap cket..betul dah kot...
Aku : hahahaha..ntah pape abah ni..org cek tu slah..xkire..
Abah : hahahahaha..nak cakap ngan mak x? cube ko ckp ngan mak ko drah O. dgr mak ckp ape..haha


Mak : halluuuuuu...
Aku : Halluuuuu..hahaha..mak, cte Alissa dh habis ke belom?
Mak : ntah, mak xtengok semalam. Abah tengok..(Mak aku tye abah)..Abah cakap semalam xhbis lagi..hari ni kot..
Aku : oo..nak tengok tapi xde TV lak kat blok ni..haha
Mak : hahaha, Kenape darah ko? 
Aku : hehehe..kami cek tadi org tu ckp kami darah O. tapi xlepas derma sbb tekanan darah rendah.
Mak : Eh, macam mane boleh jadi tekanan darah rendah lak ni?? ko xcukup makan ke sah? makan la banyak sikit..
Aku : eh, makan banyak dah la mak..huhu..ntah nape..abah ckp tadi sbb kami takut kot..hoho
Mak : hmm, makan sayur banyak2 sikit..makan bayam, karot sume..makan sayur tu..ko tu memilih makan..
Aku : hahaha..tak sedap la mak..xnak la..
Mak : dah tu ape yg sedap??
Aku : cekelat! hehe
Mak : Hah! cekelat tu la yg racun. yang xsedap tu la ubat nye..ade lak nak makan cekelat jee..
Aku : hahaha..yela2..nanti2 la makan..hoho..
Mak : raye cina balik tak?
Aku : balik! tapi xbeli tiket lagi...hehe
Mak : haa, ok2..nanti dh beli tepon umah gtaw balik bile tau..
Aku : Baik!!! hehe..k la mak..kem salam semua eh..
Mak : ok, wslam..jage diri elok2..belajo molek2..kalo ade papehal gtau org kat umah k..salam


*cakap ngan Abah keje kena kan aku je..haha..cakap ngan Mak agak sirius dan caring ye..hahaha..best2! sayang Mak Abah..muahhhh3!!!!

Kesihatan! Edisi: Derma Darah!

Ape derma dara??? oh no..derma darah la ngok..hahaha..kan aku dah cakap, naik cuti sem mesti aku lepas berat untuk derma darah..sem lepas dah cube nak derma darah. Cubaan Pertama aku gagal sebab berat badan aku tak cukup. Ok fine! aku nekad makan byk2 bagi naik berat. Sem ni aku cube lagi, even lari2 gak sebab neves. Tapi mijot punye pasal daa...daj macam mak aku lak..huhuu..aku isi gak la form tu..Dgn semangat yg dibekalkan oleh kawan2 aku. hee~ thanx korang! Aku pon g la cek darah. Masa org tu nak amek sample darah tu, aku takut n neves kot. dia nak cucuk tu aku pandang tempat lain. hoho. Penakut gak eh. Rupenye tak sakit langsung pon. hahaha..Pastu aku pon dah dapat kekuatan untuk next step. Dah semangat nak baring kat kusi tu. Sekali cek tekanan darah tak lepas daa..haishh! GAGAL lagi..Agak dengki ye aku ngan pasangan sol n jamall tu..xpe2, sem depan aku cube lagi. tunggu lah korang. Aku nak gak sijil tu..huhu.. Tapi aku puas hati gak la coz aku dapat tahu jenis darah aku. Iaitu darah jenis O. Terbaik!
Rajah kekecewaan!! Aku konyok2kan form tu..huh!

Monday, January 10, 2011

Sengal! Edisi : Selendang Kamu Laa

Ni post express b4 aku turun blok...haha..sempat lagi ni amek gamba pakai selendang pemberian si dia dulu..senang coz xpayah nak iron..sempoi2 je..haha...thanx Afiq Amiruddin! 

alamak aii..gamba tergediks lor..abaikan okey! Insan kecut xyah ko nak komen2 gamba aku..haha..malas aku nak layan...aku nak tunjuk selendang ni je..hahahaha...bengong! 

Sunday, January 9, 2011

Fon rosak! hampeh laa~

last week fone aku rosak. Bukan fon aku la sebenarnye. Tu fon akak aku. Aku xpenah beli fon sendri. Malassss! tapi sebab nye fon tu dah rosak, terpakse rela lah aku beli yg lain. nak beli yang mahal2 jgn  hrap la kan. janji ade lagu sudah sebab aku ni gila lagu. haha. murah2 je. tadi baru bgitaw abah ngan mak time vid call. kena gak gitau even xnak dorang rsau ke pe kan. Abah aku tya la pasal fon tu sume. Aku juz jawab, function die sama je ngan fon abah. lebih kurang je. Abah tya nokia ke sony? Aku cakap nokia. Ok! abah puas hati sbb abah xsuka sony. Haha. Teh aku lak nak tuka fon ngan aku. Die pkai sony. haha. Aku xkesah, yang penting lagu kasi letup nya kat fon. haha. first time r aku beli fon pkai duit sendiri even dlm keadaan terpaksa. huhu. sedih kot. xpe2, saba eh. Janji dpat mesej n call pon ok. Abah ckp ok la tu, xde 3G pon xpe, kita vid cal je. Free lak tu. Haha. Suke eh abah aku ni vidcall. Haha. aku pon suka leh tengok family aku. tapi kadang2 line xclear so, gamba jadi xbpe cntik n xclear. dpat kat akk aku die ckp pe tau "sah, xcomel la video rini, ko dah la xbpe nak comel. Video ceni lagi xcomel" hahaha. Ciss bedebah ko teh! kuanjaq! haha. Mak abah aku gelak je. Duk tya makan pe tu, sebab keje ngunyah je. haha. jarang cal gune fon dah sekarang. Baik xyah beli fon baru kan. haha! hari2 vid cal je..huuuu!

Saturday, January 8, 2011

Kenangan! Edisi : Kad Nama

Dulu, masa zaman2 skolah kan, ade membe buat bisness kad nama. Siap ada catalog tuu. Boleh pilih nak gambar pe. Yang aku ingat ada gamba pooh, doraemon, pikachu, gambar2 artis la..hehe. Comel! Sekali tempah bukan satu kad tau. Paling2 sikit pon 6kad sekali tempah. Kalau tak silap laa. Nak tempah pon kena isi form dulu. Nama penuh la, nama panggilan la, ucapan la, date of birth la, no tepon la, macam2 la.."fren 4 eva", "love book b4 u love somebody" macam lah lagi..Kalah IC kita sekarang. Dah macam biodata ringkas dah kad tu..haha..Budak2 la katakan. Pastu keje mintak duit mak ayah sebab duit habis tempah kad nama. ish3! teruk jugak kan..tapi comel lah kad tu. Aku still ada lagi, yang aku punya & kawan2 lama. At least ada no tepon rumah kad stu kan. Tapi aku dh tak pakai tepon rumah yg lama. Korang lupa ke kad tu yang mana? yang ni laa...

Haa! kan banyak types tuu..haha..warna warni lagi tau..tapi tak tahu lah zaman sekarang ni ada lagi ke tak. Aku tengok adik2 aku tak de pon kad2 ceni. Maklumlah, zaman dah berubah. Majoriti duk kilik handset ke sana ke mari. Just tukar2 no fon dah boleh cntact2 dah. Tak main lah kad2 nama ni.. Ni zaman Batu...hahaha!
Sekarang bila dah besar, dalam dompet dah banyak kad2 yang lebih matang. Maksudnya seperti smart card. Alaa, contoh lebih jelas macam IC, kad bank (even duit xbyk tapi kad nye banyakkkkk) :P kadang kad matrik pon letak dalam dompet. Maklumlah, dak IPT ni lebih suka utk tidak memegang gelaran 'skema' dgn memakai kad matrik sepanjang masa kan. Termasuklah aku sekali. Hee. Kalau dah keje lak, ada gak la kad name. Tapi yang ni versi matang la. Untuk hal2 keje ke cmtu laa. tapi tak de lah kartun2 dah tau. Malu lah kat orang. 
Bila teringat balik rasa cam kelaka lak zaman budak2 ni dulu kan. hahahahhahaha~

Friday, January 7, 2011

Just Jugde

Malam semalam aku join club kolej aku pergi main futsal. Ni kira aktiviti club la. Aktiviti next panjat gunung. Nama pun Extreme-C mesti aktiviti pon extreme kan. Hehe. Disebabkan aku dah lama tak main futsal & dah lama tak bersukan aku pon decided nak join club semalam. Kitorang main kat kolej Za'ba dalam kul 10 lebih camtu la. Pastu g minum2 ngan ahli club sambil duk bincang2 aktiviti & cara nak ajak budak2 1st year join aktiviti. Lepas tu balik. Sebagai seorang perempuan kan, salah ke kalo aku main futsal? Mesti ada pihak yang memandang serong tindakan aku ni. Tapi rasanya batas tetap terjaga even time main pon. Even kitorang main lawan team laki, dorang still respect kitorang sampai dorang sanggup lepas bola dari langgar kitorang. Pastu, siap ajar kitorang cara main. Main suka2 je bukan selalu pon kan. Ntah la, depends la pada korang kan. Aku dah inform my parent yang aku nak main futsal semalam n dorang pon ok just pesan jaga diri leklok. Standard la kan. Aku rasa macam tak salah la kan aku join game ni, bukan aku buat maksiat macam orang dating2 tempat gelap bagai kan. Ok what dari aktiviti2 yang dilarang. Kalo kata sebab balik lewat, maybe la aku boleh terima kan sbb pmpn kan. Tapi kitorang by group, bukan sorang2. Lepas minum & bincang2 kitorang terus balik je. Balik tu pon aku rasa sedap badan sikit. Segar dapat kuarkan peluh. Hehe. Actually kan, depends la pada korang nak judge camne sekali pon. Aku xkesah, selagi aku tau jaga diri aku dah cukup. Selagi solo, aku bebas jalankan aktiviti yang aku minat. hahahaha. Fulstop!

Wednesday, January 5, 2011

Unspoken

Missed that Moment....
When a green car parking there....
A group of human make me nervous....
Suddenly it stand & smiling....
Make a boom ready to explode....
Hand by hand.....
Talk by talk....
advise by advise....
Caring mom you are...
Walk together with yours........
Together enjoy the time...
Spend our time again....
Sharing & caring.....
I love you....
Till the end of my life....
For the rest of my life....
I'll be with you....
I stay here coz we are not in same boat....
Everything will be fine....
Hopefully....

Tuesday, January 4, 2011

Sengal! Edisi : Patuh Arahan!

Entry kali ni ada unsur2 kenegaraan sikit laa. Betul ke ape tulis ni? Haha. Actually nak kupas isu Mengundi yang menjadi kewajipan semua warga Malaysia. Kalo cakap ngundi dah kompem2 laa umur >21 kan. Haha. Dah TUA laa, dah boleh ngundi. Nak pangkah apa tu rahsia tuan punya badan. Tapi aku tak nak pangkah laa, nak lukis bulat2. Comel sikit. Hehe. Actually, Abah aku dah lama suruh daftar. Dari tahun lepas la kiranya tapi aku cakap 'malas laa abah, lain2 kali lah, banyak lagi keje menarik nak buat. hehe'. Pastu my dad mula la buka "motivasi pagi" dia. Last week masa we all rewang kat rumah dila dari jumaat sampai ahad, my sis ada call but i tak perasan coz my fon dalam beg. Tak bawak ke hulur hilir macam orang lain. Klau ada bf yela kot tak nak berenggan ngan fon kan. Haha. Lantak la kan. Malam tu aku tengok ada miscall n aku mesej la my sis tanya nape cal. Pastu dia cakap 'Abah nak cakap ngan ko nak daftarkan ko mengundi'. Aku pon mengeluh la beb. Haha. Serabut kot mende tu. Pastu aku cakap, tak pela nanti daftar sendiri je. Tadi lah baru aku penuhi arahan my dad tu. Settle awal2 coz tak mau dengar "motivasi pagi" bahagian ke-2 lak. Bak kata my dad la "kalau ko tak nak Abah bising, ko dengar la cakap Abah.. Abah pon tak gila lagi nak bebel atau marah2 ko tak tentu hala. Abah bising2 ni untk kebaikan anak2 abah jugak". HAHA. Baiklah abah!!! Dah settle semua nya. Nanti kami g ngundi. 


*senang je rupanya nak daftar. Just bagi IC kat post opis tu, pastu dorang key-in maklumat & kuarkan borang yang dh siap isi by comp. Settled! Sape2 yang dah 21tahun, sila lah daftar ye. 

Monday, January 3, 2011

Kesihatan! Edisi: Gastrik!!

Kalau dengar 'gastrik' sudah tentu penyakit ini berkaitan dengan anggota badan manusia iaitu Perut. Waduh2, sakot woo kalau kena. Aku dah lama tak kena, tapi lately ni banyak kali lak kena. Terima jela, malas turun makan lagi sape suruh. Kalau bagitau mak, mesti mak cakap "lain kali tak payah makan, kesian orang lain tak cukup nasi lak. Ko kan kuat, tak makan pon tak sakit" HAHA. Kena sebijik! Adoi laa. So, kalau sakit jangan bagitau mak, nanti kena marah. Handle sendiri je coz dah biasa kena. Aah ek, baru aku perasan, lama juga aku tak ambil ubat gastrik. Bertahun gak la. Last time matrik dulu kot. Tu pon ambil b4 balik matrik tapi ubat tu aku letak atas almari dalam bilik. Tak nak bawa coz ubat tu tak sedap & mampu buat aku muntah. HAHA. Pastu time final exam pucat2 muka sampai membe2 semua panik. Lawak lak aku rase. Relaks la korang, aku dah biasa. hehehe. DEGIL! Ni dah 3hari berturut2 aku kena gastrik. Padahal aku makan je. Tu yang malas nak layan. lantak la. Cool. Huuu. Antara perkara2 yang aku kena elakkan (Arahan Doktor) :
  1. Elakkan makanan pedas ( mana boleh! feberet aku nih )
  2. Elakkan makanan masam2 macam jeruk dll ( kadang2 makan je. dah sukee )
  3. Elakkan minuman bergas ( yg ni kompem aku folow coz efek die, Mak Ai, separuh nyawa tahan sakit)
  4. Makan ikut jadual.
  5. Banyakkan minum susu ( jgn harap la, milo xpe )
  6. Banyakkan makan sayur & buah ( buah OK, sayur KO )
ntah, banyak lagi kot. Alu pon dah lupa coz dah lama tak g jumpa doktor. Malas nak dengar doktor bebel. HAHAHA

Sunday, January 2, 2011

Sengal! Edisi : Kepala Pusing Pusing (KPP)

Kepala Pusing-pusing ini merupakan satu kursus khas yang perlu di ikuti oleh semua warga malaysia yang nak ambil lesen. Atau nama saintifiknya adalah Kurikulum Pendidikan Pemandu. Hehe. Kursus dijalankan selama 5jam. Ramai orang cakap kursus ni boring & mengantuk. Tapi depends pada penceramah tu gak la. Firstly aku ingat bosan je coz muka orang tu cam pelik2 je kan. Tapi bila dah start lama sikit dah macam best lak coz orang tu lawak la. Aku keje gelak je. Kadang2 bosan gak la. Kalau tak de kawan, rasanya lagi lah bosan kot. Tapi time aku bosan aku sempat buat tutorial Elektrik & magnet. Weeehuu! Mesti tak de orang buat macam aku kan. Tapi ok what kalau compare ngan yang tidur la apa kan. Haha. Kursus ni dia duk cerita la kan pasal undang2 semua. Ada la dia selit cerita2 bedasarkan pengalaman dia. Orang tu tak de gigi tau, tu yang nmpak lucu. Dia cakap gigi dia jatuh dalam laut. HAHA. Kelako tol la. Dia bagi rehat setengah jam untuk makan & setengah jam lagi untuk solat zohor. Antara kami bertiga, aku sorang je boleh solat. Tapi aku decided nak solat kat kolej coz sempat je. Tak nak berasak2 ngan orang ramai. Full kot claz kitorang tu. So, we all duk sembang2 la masa tu. Tiba2 keluar la cerita pasal kahwin. Apakah??? Target nak kahwin umur berapa lah, Nak ajak kawan datang rumah lah, kursus nikah lah. Pape tah kan. AHAHA. Padahal pergi kursus KPP tapi duk bercerita macam tengah ambil kursus kahwin. Ape daa. Macam tu lah cerita nya. Cikgu kitorang tu nama dia Cikgu Basri. Orang Kedah, nampak macam sporting & masuk la ngan kitorang. Dalam kereta pon duk bersembang & bergelak ketawa. Hepi nampak? Haha. Biasa lah tu, nak bodek2 sikit. Supaya tak lah gementar sangat nak belajar nanti. Hee. Hope PASS Ujian ngn JPJ nanti. Pastu boleh tuntut janji ngan ABAH! :P

Saturday, January 1, 2011

Kenapa Wanita Lewat Berkahwin?

Dunia kini semakin moden dan pelbagai gaya yang kita dapat lihat. pelbagai trend perkahwinan juga dapat kita perhatikan. Antaranya adalah seperti :

  1. Trend kahwin dengan lelaki tua. (Nak rembat harta suami kalau suami mati awal. Haha)
  2. Trend kahwin dengan lelaki muda ( xkesah kalu dah sama2 suka2, tapi lelaki tu patut lebih matang. bru nmpak sweet )
  3. Trend kahwin muda/awal ( nak elak maksiat kot @ gatai sangat dah nk kahwin. Tak tahan! )
  4. Trend kahwin lewat ( nak kejar duit & harta dulu. Takut dapat laki yg malas keje )
Banyak lagi trend2 yang telah tercipta & dicipta oleh masyarakat zaman kini. Tapi apa yang akan di kupas dalam entry kali ini adalah berkaitan dengan trend kahwin lewat. Bukan kerana pengarang sudah tua atau berada dalam kategori ini. oh! Barangkali tidak kerana pengarang masih muda. cewah! Hanya sekadar berminat mengetengahkan entry seperti tajuk yang tertera di atas. Antara punca2 yang dapat kita lihat adalah seperti berikut :
  1. BELUM SAMPAI JODOH - “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sangat dengar ayat ni kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua.  Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:-   ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah   kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’. 
  2. TERLALU MEMILIHDulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pula dengan wanita zaman moden ni. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yang ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)
  3. TAKUT DAPAT SUAMI JAHATNi mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tu memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg ni pun kalu baca paper, tiap2 hari ada je kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ade….haishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam pecah rumah…haha
  4. PERNAH PUTUS CINTA - bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan ni la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka ni rela membujang sampai ke tua…opsss! aku xsanggup k..hee
  5. TAK MAHU DIKONGKONGKebanyakan wanita sekarang ni suka bebas dan tak suka dikongkong.  Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak keje sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dll. lagi lah.
  6. PENTINGKAN KERJAYA/KARIER Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden ni sudah bleh ‘mengalahkan’lelaki   dalam melakukan apa2 keje.  Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak tunggu kite. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah…  So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah ye….
  7. PILIHAN HATI MENDAPAT BANTAHAN KELUARGA Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik tak payah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camni memang ada berlaku.
  8. KECEWA DENGAN SIKAP KEBANYAKAN LELAKI Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la ni. Nak tau sikap ape? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa ni dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kahwin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’.  So, baik tak payah kawin langsung…Ada pulak tu laki yang hanya mahu mengambil kesempatan. eeiii! yang ni aku rasa cam nak lempang laju2 je kalau jumpa laki yang camni. Ape dehal der, kalau ko nak sangat kahwin la. Pastu ikut la nak ambil apa. haha!
Lebih kurang camtu lah sebab2 nye. So, kepada wanita seluruh dunia, pikir2 kan & bijak memilih jalan hidup. Kita perempuan tapi kita tak lemah. Anda pikir anda dapat. 

Anda baca anda dapat. hee~