Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Saturday, December 18, 2010

Kata & Akal

entry aku kali lebih pada situasi harian atau boleh di katakan semasa dan sentiasa berlaku dlm diri yang bernama 'manusia'..perjalanan pulang ke kampus selamac3jam yang bersama bapa tersayang sangat beerti kepada seorang anaknya yang bernama AKU. Anda mungkin agak tertanya2 atau hairan tentang tajuk post yang telah aku utarakan..akan aku jelas kan satu persatu. dan diharapkan entry ini tidak membawa sebarang salah paham atau pergadohan pada mana2 pihak..

KATA. satu perkataan yang kadang2 tidak dipandang serius. jika kita lihat punca, akibat dan kesan sama ada jangka pendek atau jangka panjang, nescaya sepatah perkataan yang ingin anda tuturkan ibarat batu permata berkilau. mengapa aku kata begitu? cuba anda pikir sendiri. kerana kata badan binasa. pernah dgr kan? pernah kah anda kaji betapa dalam maksud yg telah diberikan dqlam ungkapan tu? juga boleh di sama ertikan dgn KOMUNIKASI. aku percaya bahwa setiap yg ada di dunia ini berkomunikasi antara satu sama lain. cume yg berbeza melalui cara atau teknik komunikasi, gaya, bahasa dan sebagainya mengikut kehendak dan keperluan masing2. 

kadang2, melalui kata yg telah kita tuturkan, pihak lain memahami maksud kita dgn cara nya sendiri. (Salah Faham). dhn itu, setiap patah perkataan yg ingin dikeluarkan mestilah di pikirkan terlebih dahulu supaya mudah di fahami dan tidak menimbulkan rase yang kurang enak dikalangan masyarakat. consider kedua2 belah pihak. kalau kita kat tempat dia. kita pkir cane, ape perasaan kita kalau org ckp kita cmtu.. sume tu kne pkir.. yem, aku akui sebelum ni boleh kire ngn jari je bpe kali je aku pkir sebelum aku ckp..haha..xpe, tu jd pengajaran k.  kdg2 xsempat pkir kita dah serbu x pkai helmet..apa jadi? benjol kpala sendiri sbb terantuk pada kata2 sendiri..haha..normal! itu mmg gelagat manusia hari ini.. tak semua org akan dpt kelebihan yg boleh pkr terbaik sebelum berkata2 tp skurang2nya kita perlu cube..itu lah gune nya akal yg diberikan supaya kita gunakannya di tempat yg betul..

ilmu yang tinggi tidak menjamin kata yang mulia. suka aku ingatkan diri aku sendiri serta anda2 sekalian bahawa...org berbudi pekerti mulia labih jauh disanjung daripada ilmu tinggi segunung tapi adab letak kat kaki. maaf, agak kasar perumpamaan itu tapi jelas n mudah difahami. antara kesan negatif yg dpat aku huraikan di sini akibat kata yg buruk adalah kurang kenalan n sukar utk bergaul. hal ini kerana masyarakat sukar utk menerima seseorang yg tidak menjaga hati org lain dan ego juga kerana bimbang hatinya sering di sakiti. kedua, tiada rase hormat dari masyarakat. ini pula kerana anda tidak lah seGAH mereka yg berperibadi mulia kerana sikap anda dianggap tidak menghormati org lain. maka, masyarakat juga memulangkan paku serpih kpd anda. apabila sikap negatif ini menjadi kebiasaan anda, nescaya anda akan merasa sunyi kerana masyarakat mula menjauh. anda juga akan sering menjadi buah mulut masyarakat.( lumrah manusia ngumpat kan..kita xleh tutp mulut org tp kita boleh ubah perangai kita sendiri-ayat mak aku) 

macam2 kita boleh huraikan di sini tp skop nye terlalu luas dan aku penat tuk mengarang. apa yg penting? kerjasam tu cte kartun. haha..dgn kata2, if nak ckp ngn org guna ayat yg mudah phm n tidak menyinggung perasaan. ( tp if kite mmg marah n nak die tahu kita marah, gunakan ayat yg makan dalam n buat dia berfikir..tp jgn malu kan dia ok). kalau nk bergurau, kita perlu tahu dulu org yg kita nk gurau tu cane. if die same kple ngn kita, go on..jika x, hindari! kalo tgok sekarang ni, remaja la senang kata eh, dorang byk gune perkataan bodo, bengong, bongek dan senagkatannya. kdg2 perkataan ini digunakan hanya sekadar penghias ayat bg nmpak best n moden. tp di tuturkan tanpa niat tntg perkataan tu..kalo aku aku gune ngn mmbe yg phm n reti gune perkataan tu mcm aku..cthnye, adik beradik, kosmet, besfren n lain2..salu laki no hal je sbb dorang sempoi..hihi..aku pon smpoi gak..peace! 

pape pon, sebelum pape fikir dulu beb. pikir secara matang.

P/s: abah aku pesan supaya aku menjadi lebih matang. hope aku dpat praktik kan semua nasihat abah aku. aku kini lebih terbuka mendengar nasihat n teguran parent aku. semoga aku dapat capai target aku sendiri. biar kita perangai gile2 tp otak pkr matang seiring usia. hmm..loike!! thanx ABAH~

No comments:

Post a Comment