Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Friday, April 22, 2011

Petua Elak Double BO (Boroi + Boncit)

Assalamualaikum dear all readers. Alamak, baru start typing je setan gemok kacau. Ngantuk pulak. Tak pelah, demi perkongsian info cik Obes bertahan. eeeyaahhhhhh! Nyah kau dari sini setan gemokk!!


Cepat2. Hari ni cik obes nak kongsi petua untuk elak atau atasi masalah perut buncit atau pun boroi. Sebab terpikir time kuar makan ngan maina n mijot dlam kereta tadi. haha. Walaupun ada segelintir antara kita ni suka mempunyai ciri2 ini atas alasan buncit lambang kemewahan, lambang kebahagiaan. Piirrrraaahhhhh! Konon la kau. Eh! tak baik la, suka hati dorang la nak buncit pun. Tak susah kan kita pun. Cik Obes nak tolong bagi sesiapa yang memerlukan sahaja. yang ingin kekal Mewah dan Bahagia anda boleh teruskan gaya hidup u oll ye. 


1. Banyakkan minum air masak (byk manfaat air masak/putih ni utk tubuh). Untuk membantu proses penyahtoksin dari badan dengan efektif.
2. Kurangkan pengambilan garam. Sebab lebihan garam dalam tubuh menyebabkan badan kita kurang air.
3. Makan secara perlahan-lahan. Sebab kalau u oll makan laju2, nanti udara yang terperangkap dalam makanan u oll tu akan memerangkap gas yg menyebabkan perut u oll jadi belon. 
4. Ambil makanan berserat seperti buah-buahan sebab makanan ni akan membantu proses pengimbangan air dalam tubuh. Sayur juga sama. Untuk memudahkan kita buang air besar. Kurang buang air besar juga menyebabkan kebuncitan.
5. Bersenam. Ni basic je, semua orang patut tahu. Rajin2 kan diri u oll untuk selalu buat sit up. Bukan sahaja dapat kempiskan perut, malah dapat mencantikkan bentuk tubuh bagi wanita sebab akan kelihatan lebih ramping. lemak2 dan spare tyre korang akan hilang.
6. Sarapan dengan yougurt. Ni kalau yang banyak duit boleh la. Mahal kot
7. Amalkan posisi duduk yang betul. Duduk dalam keadaan tegak dan betul. jangan nak bongkok2 sebab bila bongkok tu perut melondeh kebawah. Awas!
8. Amalkan minum teh 0 campur perahan limau nipis. Minum pagi2 selalu tapi untuk yang tiada penyakit kronik la ye. Kalu u oll minum pastu ade efek lain, cepat2 g jumpe doktor sebab mungkin body u oll tak boleh tampung kandungan bahan tu.
9. Asam jawa + air suam dan dibiarkan semalaman. Bukan sahaja dapat mengempiskan perut malah dapat menjaga suara buluh betong anda. Eh2! buluh perindu laa..hihi
10. Jangan amalkan makan nasi berselang air. Orang cakap kalau selang2 air ni pun boleh menyebabkan penyakit lupa. So, elakkan ye kawan2.


okeh, sepuluh jela dulu. U oll try dulu petua2 yang ada kat atas ni. Jangan cepat putus asa kalau nak cantik. hihi. Cik Obes juga wanita, cik obes paham kalau buncit2 ni macam susah kan nak pilih baju, nak dressing keluar pun macam malu kalau nampak "kelebihan" pada perut. Macam pregnant pulak kan. So, kalau nak cantik kena la ada usaha. Tapi! cantik , cantik juga, kesihatan perlu jaga. Ingat tuuu =)

No comments:

Post a Comment