Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Saturday, February 26, 2011

Sedang Menjauhi

Kadang-kadang senyap jauh lebih baik dari berkata-kata. Aku pun tak de perasaan nak huraikan mengapa begitu dan mengapa begini. Selagi aku boleh menjaga hati aku, selagi itu akan ku jaga segalanya. Bukan salah kamu tapi salah hati ini. Haha. Apa aku merepek ni? ntah laa. Hanya aku yang paham gelora hati. Betul kata kak teh, besabar lah dan jangan mudah terjatuh. Sebab kalau jatuh sakit lah. Hihi. You make me smile sis. Thanks for being my telinga setia. Aku dalam dilema~

Friday, February 25, 2011

hoi! hoi! hoi!

hahaha..gile dah..Sumpah banyak gila keje. Bagaikan tiada hujung minggu untuk aku sebagai mahasiswa. hmmm. Sangat penat ok! Tapi aku juga punya perasaan. Aku Jeles! Aku jeles! hahaha. Rindunyerrrrr =(

Thursday, February 24, 2011

tetibe segan. blushing! haha

tadi ada sorang kawan aku dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah chat ngan aku kat FB. Dia budak felda aku gak. Tapi masa sekolah rendah xrapat pon ngan dia. Masuk sekolah menengah baru rapat coz kami sekelas. Sekarang dia dah keje as MA kat mana aku tak sure. Malas nak amek tahu. Dulu dia matrik gak, PDT cam aku tapi belajo satu sem pastu dia benti and amek SPA. Then sekarang dia dah keje bahagia tu laa. Dia saje tegur aku kat chat, aku pon layan jela. Pastu aku pon ambil peluang tanya dia pasal tugasan aku yang berkaitan pengguguran haram tu. Dia pon cerita la serba sedikit. Pastu tetibe dia cakap dia selalu sambut kelahiran. Aku pon cakap, huh?? kalau macam tu tak nak la aku bersalin kat ko. Malu lah aku. Hahaha. Dia laki ok, kalo pmpuan tak pe lagi. huhu. Pastu dia tanya nape nak malu lak, aku nak selamatkan anak ko je. Hahaha! tak kira lah. Aku harap nanti aku bersalin tu, oarang yang aku tak kenal yang sambut anak aku. supaya tak malu. huhu

Sedih Kot!

tetiba aku rasa sedih sebab mata aku dah makin teruk kot. Power spect dah bettambah. Semua dah makin kabur. Rasa2 dah + - 200 dah power aku nih. haiyooo! manyak bangat seh! cane nak usha bf kalo ceni ni?? kang silap tengok dapat yang tak nsem cane? rugi la kan..hahaha. ko sa[e nak yg nsem2 je? hahaha. ntah bila nak p tuka kanta nih. haishh! duit ngah kering, time2 ni la spoil duit aku. hoho

Baru Menghargai Kehadirannya

Masa awal sem 3 dulu aku beli buku yang amat tebal untuk subjek wave & optic. Tapi tak banyak guna pon. Mahal kot buku ni. Rasa macam rugi lak beli sebab xbanyak guna. Rupanya banyak kegunaan dia. Berbaloi-baloi! Sekarang guna untuk subjek mekanik quantum. Dan beberapa subjek fizik yang lain jugak. Fuhh! pe ke susah fizik zaman sekarang ni?? mari bersama explore buku mahaiiiii ini:



mari belajar!!


Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

copied from facebook note.

Wednesday, February 23, 2011

aaa..tak paham!

Cane ni?? xpaham la nak wat lab report nih. Macam pelik je graf aku..huhu..tak nak sambung dah..dah la banyak graf. kalo salah jenuh nak padam balik. Rugi kertas graf. hehe. Esok nak tanya maina my lab partner. Experiment senang tapi report penim sungguh laa. Haishh! Mari buat tuto Eletrik Magnet lak. 


Sedang rushing siapkan homework untuk study Mekanik Quantum yang xpaham langsung tuh! ngoO!

Nak Sangatttt Balik Rumah

Dah lama tak balik rumah. Dah 3minggu. takde lah lama mana sebenarnya tapi hati ni sangat nak balik rumah. Tak tahu kenapa. Tapi aku kena habiskan lesen dulu sebab aku tak tahu apa yang akn berlaku dalam minggu2 akan datang. Maksud aku keje2 macam assignment or kuiz. Setakat ni pun masih ada assignment yang perlu disiapkan segera. Jadi aku prefer settle kan semua dulu. Tapi aku musykil gak kenapa tiba2 aku rasa homesick semacam. Hmm, hopefully family kat rumah baik2 je la, kan. Mak ok kan? Abah ok kan? Adik2 pon ok kan? akak2? korang dah besar, pandai2 la eh. hehe. Tapi orang pon ok gak kan? haha. hishh! nape nak balik gak ni??? aiyooo. Tak pe lah. Bagi lepas midterm mekanik quantum dulu baru aku arrange jadual balik. Kalo balik limited sket masa study. Tak kan nak study je tapi tak tolong mak masak ke apa kan. aku pon x rajin sangat nak intai buku kalo duk rumah. hehe. Takpe2, sabar lah wahai hati. Masa yang ditunggu akan tiba. Balik gak ko nanti.