Sape Nak jadi Stalker?? Sila Follow~


Get your own Digital Clock

Friday, January 7, 2011

Just Jugde

Malam semalam aku join club kolej aku pergi main futsal. Ni kira aktiviti club la. Aktiviti next panjat gunung. Nama pun Extreme-C mesti aktiviti pon extreme kan. Hehe. Disebabkan aku dah lama tak main futsal & dah lama tak bersukan aku pon decided nak join club semalam. Kitorang main kat kolej Za'ba dalam kul 10 lebih camtu la. Pastu g minum2 ngan ahli club sambil duk bincang2 aktiviti & cara nak ajak budak2 1st year join aktiviti. Lepas tu balik. Sebagai seorang perempuan kan, salah ke kalo aku main futsal? Mesti ada pihak yang memandang serong tindakan aku ni. Tapi rasanya batas tetap terjaga even time main pon. Even kitorang main lawan team laki, dorang still respect kitorang sampai dorang sanggup lepas bola dari langgar kitorang. Pastu, siap ajar kitorang cara main. Main suka2 je bukan selalu pon kan. Ntah la, depends la pada korang kan. Aku dah inform my parent yang aku nak main futsal semalam n dorang pon ok just pesan jaga diri leklok. Standard la kan. Aku rasa macam tak salah la kan aku join game ni, bukan aku buat maksiat macam orang dating2 tempat gelap bagai kan. Ok what dari aktiviti2 yang dilarang. Kalo kata sebab balik lewat, maybe la aku boleh terima kan sbb pmpn kan. Tapi kitorang by group, bukan sorang2. Lepas minum & bincang2 kitorang terus balik je. Balik tu pon aku rasa sedap badan sikit. Segar dapat kuarkan peluh. Hehe. Actually kan, depends la pada korang nak judge camne sekali pon. Aku xkesah, selagi aku tau jaga diri aku dah cukup. Selagi solo, aku bebas jalankan aktiviti yang aku minat. hahahaha. Fulstop!

Wednesday, January 5, 2011

Unspoken

Missed that Moment....
When a green car parking there....
A group of human make me nervous....
Suddenly it stand & smiling....
Make a boom ready to explode....
Hand by hand.....
Talk by talk....
advise by advise....
Caring mom you are...
Walk together with yours........
Together enjoy the time...
Spend our time again....
Sharing & caring.....
I love you....
Till the end of my life....
For the rest of my life....
I'll be with you....
I stay here coz we are not in same boat....
Everything will be fine....
Hopefully....

Tuesday, January 4, 2011

Sengal! Edisi : Patuh Arahan!

Entry kali ni ada unsur2 kenegaraan sikit laa. Betul ke ape tulis ni? Haha. Actually nak kupas isu Mengundi yang menjadi kewajipan semua warga Malaysia. Kalo cakap ngundi dah kompem2 laa umur >21 kan. Haha. Dah TUA laa, dah boleh ngundi. Nak pangkah apa tu rahsia tuan punya badan. Tapi aku tak nak pangkah laa, nak lukis bulat2. Comel sikit. Hehe. Actually, Abah aku dah lama suruh daftar. Dari tahun lepas la kiranya tapi aku cakap 'malas laa abah, lain2 kali lah, banyak lagi keje menarik nak buat. hehe'. Pastu my dad mula la buka "motivasi pagi" dia. Last week masa we all rewang kat rumah dila dari jumaat sampai ahad, my sis ada call but i tak perasan coz my fon dalam beg. Tak bawak ke hulur hilir macam orang lain. Klau ada bf yela kot tak nak berenggan ngan fon kan. Haha. Lantak la kan. Malam tu aku tengok ada miscall n aku mesej la my sis tanya nape cal. Pastu dia cakap 'Abah nak cakap ngan ko nak daftarkan ko mengundi'. Aku pon mengeluh la beb. Haha. Serabut kot mende tu. Pastu aku cakap, tak pela nanti daftar sendiri je. Tadi lah baru aku penuhi arahan my dad tu. Settle awal2 coz tak mau dengar "motivasi pagi" bahagian ke-2 lak. Bak kata my dad la "kalau ko tak nak Abah bising, ko dengar la cakap Abah.. Abah pon tak gila lagi nak bebel atau marah2 ko tak tentu hala. Abah bising2 ni untk kebaikan anak2 abah jugak". HAHA. Baiklah abah!!! Dah settle semua nya. Nanti kami g ngundi. 


*senang je rupanya nak daftar. Just bagi IC kat post opis tu, pastu dorang key-in maklumat & kuarkan borang yang dh siap isi by comp. Settled! Sape2 yang dah 21tahun, sila lah daftar ye. 

Monday, January 3, 2011

Kesihatan! Edisi: Gastrik!!

Kalau dengar 'gastrik' sudah tentu penyakit ini berkaitan dengan anggota badan manusia iaitu Perut. Waduh2, sakot woo kalau kena. Aku dah lama tak kena, tapi lately ni banyak kali lak kena. Terima jela, malas turun makan lagi sape suruh. Kalau bagitau mak, mesti mak cakap "lain kali tak payah makan, kesian orang lain tak cukup nasi lak. Ko kan kuat, tak makan pon tak sakit" HAHA. Kena sebijik! Adoi laa. So, kalau sakit jangan bagitau mak, nanti kena marah. Handle sendiri je coz dah biasa kena. Aah ek, baru aku perasan, lama juga aku tak ambil ubat gastrik. Bertahun gak la. Last time matrik dulu kot. Tu pon ambil b4 balik matrik tapi ubat tu aku letak atas almari dalam bilik. Tak nak bawa coz ubat tu tak sedap & mampu buat aku muntah. HAHA. Pastu time final exam pucat2 muka sampai membe2 semua panik. Lawak lak aku rase. Relaks la korang, aku dah biasa. hehehe. DEGIL! Ni dah 3hari berturut2 aku kena gastrik. Padahal aku makan je. Tu yang malas nak layan. lantak la. Cool. Huuu. Antara perkara2 yang aku kena elakkan (Arahan Doktor) :
  1. Elakkan makanan pedas ( mana boleh! feberet aku nih )
  2. Elakkan makanan masam2 macam jeruk dll ( kadang2 makan je. dah sukee )
  3. Elakkan minuman bergas ( yg ni kompem aku folow coz efek die, Mak Ai, separuh nyawa tahan sakit)
  4. Makan ikut jadual.
  5. Banyakkan minum susu ( jgn harap la, milo xpe )
  6. Banyakkan makan sayur & buah ( buah OK, sayur KO )
ntah, banyak lagi kot. Alu pon dah lupa coz dah lama tak g jumpa doktor. Malas nak dengar doktor bebel. HAHAHA

Sunday, January 2, 2011

Sengal! Edisi : Kepala Pusing Pusing (KPP)

Kepala Pusing-pusing ini merupakan satu kursus khas yang perlu di ikuti oleh semua warga malaysia yang nak ambil lesen. Atau nama saintifiknya adalah Kurikulum Pendidikan Pemandu. Hehe. Kursus dijalankan selama 5jam. Ramai orang cakap kursus ni boring & mengantuk. Tapi depends pada penceramah tu gak la. Firstly aku ingat bosan je coz muka orang tu cam pelik2 je kan. Tapi bila dah start lama sikit dah macam best lak coz orang tu lawak la. Aku keje gelak je. Kadang2 bosan gak la. Kalau tak de kawan, rasanya lagi lah bosan kot. Tapi time aku bosan aku sempat buat tutorial Elektrik & magnet. Weeehuu! Mesti tak de orang buat macam aku kan. Tapi ok what kalau compare ngan yang tidur la apa kan. Haha. Kursus ni dia duk cerita la kan pasal undang2 semua. Ada la dia selit cerita2 bedasarkan pengalaman dia. Orang tu tak de gigi tau, tu yang nmpak lucu. Dia cakap gigi dia jatuh dalam laut. HAHA. Kelako tol la. Dia bagi rehat setengah jam untuk makan & setengah jam lagi untuk solat zohor. Antara kami bertiga, aku sorang je boleh solat. Tapi aku decided nak solat kat kolej coz sempat je. Tak nak berasak2 ngan orang ramai. Full kot claz kitorang tu. So, we all duk sembang2 la masa tu. Tiba2 keluar la cerita pasal kahwin. Apakah??? Target nak kahwin umur berapa lah, Nak ajak kawan datang rumah lah, kursus nikah lah. Pape tah kan. AHAHA. Padahal pergi kursus KPP tapi duk bercerita macam tengah ambil kursus kahwin. Ape daa. Macam tu lah cerita nya. Cikgu kitorang tu nama dia Cikgu Basri. Orang Kedah, nampak macam sporting & masuk la ngan kitorang. Dalam kereta pon duk bersembang & bergelak ketawa. Hepi nampak? Haha. Biasa lah tu, nak bodek2 sikit. Supaya tak lah gementar sangat nak belajar nanti. Hee. Hope PASS Ujian ngn JPJ nanti. Pastu boleh tuntut janji ngan ABAH! :P

Saturday, January 1, 2011

Kenapa Wanita Lewat Berkahwin?

Dunia kini semakin moden dan pelbagai gaya yang kita dapat lihat. pelbagai trend perkahwinan juga dapat kita perhatikan. Antaranya adalah seperti :

  1. Trend kahwin dengan lelaki tua. (Nak rembat harta suami kalau suami mati awal. Haha)
  2. Trend kahwin dengan lelaki muda ( xkesah kalu dah sama2 suka2, tapi lelaki tu patut lebih matang. bru nmpak sweet )
  3. Trend kahwin muda/awal ( nak elak maksiat kot @ gatai sangat dah nk kahwin. Tak tahan! )
  4. Trend kahwin lewat ( nak kejar duit & harta dulu. Takut dapat laki yg malas keje )
Banyak lagi trend2 yang telah tercipta & dicipta oleh masyarakat zaman kini. Tapi apa yang akan di kupas dalam entry kali ini adalah berkaitan dengan trend kahwin lewat. Bukan kerana pengarang sudah tua atau berada dalam kategori ini. oh! Barangkali tidak kerana pengarang masih muda. cewah! Hanya sekadar berminat mengetengahkan entry seperti tajuk yang tertera di atas. Antara punca2 yang dapat kita lihat adalah seperti berikut :
  1. BELUM SAMPAI JODOH - “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sangat dengar ayat ni kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua.  Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:-   ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah   kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’. 
  2. TERLALU MEMILIH - Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pula dengan wanita zaman moden ni. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yang ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)
  3. TAKUT DAPAT SUAMI JAHAT - Ni mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tu memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg ni pun kalu baca paper, tiap2 hari ada je kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ade….haishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam pecah rumah…haha
  4. PERNAH PUTUS CINTA - bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan ni la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka ni rela membujang sampai ke tua…opsss! aku xsanggup k..hee
  5. TAK MAHU DIKONGKONG - Kebanyakan wanita sekarang ni suka bebas dan tak suka dikongkong.  Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak keje sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dll. lagi lah.
  6. PENTINGKAN KERJAYA/KARIER - Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden ni sudah bleh ‘mengalahkan’lelaki   dalam melakukan apa2 keje.  Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak tunggu kite. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah…  So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah ye….
  7. PILIHAN HATI MENDAPAT BANTAHAN KELUARGA - Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik tak payah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camni memang ada berlaku.
  8. KECEWA DENGAN SIKAP KEBANYAKAN LELAKI - Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la ni. Nak tau sikap ape? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa ni dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kahwin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’.  So, baik tak payah kawin langsung…Ada pulak tu laki yang hanya mahu mengambil kesempatan. eeiii! yang ni aku rasa cam nak lempang laju2 je kalau jumpa laki yang camni. Ape dehal der, kalau ko nak sangat kahwin la. Pastu ikut la nak ambil apa. haha!
Lebih kurang camtu lah sebab2 nye. So, kepada wanita seluruh dunia, pikir2 kan & bijak memilih jalan hidup. Kita perempuan tapi kita tak lemah. Anda pikir anda dapat. 

Anda baca anda dapat. hee~

Kesihatan! Edisi: Rahsia Kurus Tanpa Ubat

Entry ini bukan untuk menyindir atau memburukkan pihak2 yang terasa mengenainya. Hanya sekadar berkongsi tips2 yang dapat membantu mereka2 yang memerlukannya. Juga untuk panduan diri saya sendiri. Tidak perlu terlalu obses untuk kurus atau menurunkan berat badan kita. Ditolak si kekasih? Jangan risau kerana jika benar dia menyayangi anda dia akan terima anda seadanya. Masih ada peluang untuk terus berusaha mendapatkan berat badan yang diimpikan. Bersabar dalam usaha. Selamat membaca dan mencuba. 
  1. JANGAN BERLAPAR - Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
  2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN - Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
  3. MINUM 8 GELAS AIR PUTIH/MASAK/MINERAL SEHARI - Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS - Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Juga boleh menyebabkan penyakit Gastrik serta Kencing Manis.
  5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM - Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  6. AMBIL SARAPAN PAGI - Sarapan pagi ini sangat penting untuk tubuh. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
  7. MAKANLAH DENGAN KADAR YANG PERLAHAN - Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. Kalau boleh kunyah makanan sebanyak 30 kali sebelum menelannya.
  8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN2 YANG LEBIH KECIL - Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
  9. MAKAN DENGAN KUANTITI YANG SEDIKIT TETAPI KERAP - Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  10. ELAKKAN MAKANAN RINGAN - Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
  11. ELAKKAN MAKANAN BERKOLESTROL - Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
  12. JIKA MAKAN DILUAR - Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
  13. BANYAKKAN MAKANAN BERKHASIAT & BERVITAMIN - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
  14. JANGAN TIMBANG BERAT SETIAP HARI - Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet. Begitu juga dengan mengukur ukur lilit tubuh.
  15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH - Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
  16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN & KEKACANG - Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
  17. SIMPAN SUATU DIARI - Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
  18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT! BUKAN UNTUK KURUS! - Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  19. CARA MEMASAK MAKANAN - Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
  20. PEMILIHAN HIDANGAN - Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
  21. BERJALAN SELEPAS MAKAN - Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
  22. BERBELANJA - Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
  23. GERAKAN PUNGGUNG - Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. (main dengan gelung)
  24. PENGGUNAAN GULA - Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
  25. JALANKAN BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL - i) Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
    ii) Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa 
    tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
    iii) Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
    iv) Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
    iiv) Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Selamat Mencuba! 

* Banyak rupanya tips dia. Tak mustahil kalau kita berusaha. Chaiyok!!

Sengal! Edisi : Hidung Berdarah!

Antara punca-punca yang menyebabkan hidung berdarah adalah seperti berikut :

  1. selsema
  2. suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. alahan
  4. menghembus nafas terlalu kuat
  5. kekeringan mambram mukus (selaput lendir mcm hingus gak la)
  6. berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung terlalu dalam atau hidung patah
  7. tekanan darah tinggi atau penyakit ketumbuhan
Begitulah antara punca berlakunya pendarahan hidung. Bagi kes aku pula, rasanya boleh dikategorikan dalam punca yang ke-6 iaitu "berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung terlalu dalam". Tetapi akan dijelaskan situasi sebenar. Haha. Sebenarnya, pagi tadi masa aku tengah cuci muka, salah satu jari tangan kiri aku telah terjolok kedalam lubang hidung aku. Pehh! sakit tak ingat nih. Terberhenti seketika proses mencuci muka coz sakit. Huu. Then, darah pon mengalir dari hidung aku. Ini adalah kes kali kedua dimana aku pernah mengalaminya suatu ketika dulu. Tu lah akibat kalau cuci muka ganas sangat dan tidak berlemah lembab macam orang lain. Hee. Tu pun nasib baik dah potong kuku, kalau tidak lagi teruk luka dalam hidung sebab kuku yang panjang. Semoga kisah sengal ini dapat menjadi iktibar kepada orang lain juga. Sekian sahaja. Trimasss!